Ateis

Fenomena Rakyat China Menyembah Presiden Mao Zedong

China merupakan sebuah negara yang dengan tegas mengatakan mereka ateis dan tidak beragama. Ia dilabel sebagai ‘the most Godless country in the world’ (Negara paling tidak percayakan Tuhan), di mana, 67% rakyat China mengakui diri mereka sebagai ‘ateis yang yakin’.

Sudah pasti, ideologi yang dipeluk kerajaan China ini mendatangkan konflik terhadap rakyatnya yang memilih untuk beragama.

Pemaksaan nilai sekular dan ateis oleh kerajaan China terhadap rakyatnya menjadi satu isu antarabangsa, apabila dilaporkan hampir sejuta rakyat Uyghur beragama Islam ditahan di kem tahanan dan diseksa dengan teruk, sedang gereja – gereja Kristian pula diruntuhkan.

Namun, ternyata, walaupun rakyat China rata – rata menolak Tuhan dan agama, mereka sebenarnya menyembah ‘Tuhan’ dan memeluk agama.

Image may contain: one or more people, shoes and indoor
Seorang lelaki menyembah patung Mao.

Mereka menyembah Presiden pertama mereka sebagai Tuhan yang lebih tinggi tarafnya berbanding Jesus dalam agama Kristian.

Patung Mao Zedong.

Cuba Membuang Tuhan, Tapi Mencari Tuhan yang Lain.

Mao Zedong, seorang diktator yang direkod dalam sejarah sebagai pembunuh paling besar dalam sejarah manusia, dengan 70+ juta kematian, dianggap sebagai seorang figura suci bagi rakyat China.

Wujud kultus – kultus yang menyembah Mao, dengan menaikkan tarafnya seperti Tuhan. Antara kisah yang popular adalah kultus penyembah mangga pemberian Mao. Mangga tersebut dipelihara dalam bekas khas, disembah, diminum air rebusan beramai – ramai dan dikaitkan dengan kepercayaan tahyul panjang umur.

Parade, with mangoes
Replika mangga dilapik dengan sutera diarak dalam Hari Kebangsaan Beijing, 1968.

Seorang pengkaji perbandingan agama ustaz Iqram Mohd Noor, memberikan komentar berikut:

“China mendokong ideologi Komunis. Komunisme berteraskan nilai materialisme dan banyak bercanggah dengan norma keagamaan. Kebanyakkan negara Komunis seperti China dan Korea Utara mereka akan menindas kelompok beragama tidak kira ia Kristian, Buddha, atau Islam. Semua bentuk perkembangan agama akan disekat.

Hasil itu lahirlah masyarakat yang tidak beragama. Akan tetapi nilai fitrah kebertuhanan di dalam diri setiap manusia yang Allah tanamkan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipadamkan. Walaupun kerajaan China telah menghalang masyarakatnya berTuhan, disebaliknya secara tidak langsung mereka juga membenarkan masyarakat Cina bertuhan iaitu bertuhankan Mao Zedong (presiden pertama China).

Image may contain: one or more people, people standing and people on stage

Negara Komunis Korea Utara pun mengalami nasib yang sama. Dihalang masyarakatnya beragama tetapi disebalik itu dijaja dengan kisah pendewaan Kim Il Sung, Kim Jong Il dan Kim Jong Un sehingga diagung-agungkan oleh rakyatnya.

Beginilah cara Komunis mengisi nilai keberTuhanan yang ada di dalam diri masyarakatnya”

Image may contain: one or more people, people on stage, people standing and indoor

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close