Islamofobiaisu semasa

Islamofobia di Negara Sendiri

Agenda memburukkan Islam agar ditakuti dan dibenci sekalian penduduk dunia sememangnya kita sedia maklum, digerakkan jentera – jentera gergasi media dan mendapat pendanaan jutaan dollar.

Kesan daripada industri penyemai kebencian ini, kini setiap kali timbul berita – berita pembunuhan beramai – ramai dan keganasan di ceruk – ceruk negara ‘maju’, sudah pasti persepsi pertama yang timbul adalah ia dilakukan orang Islam, di atas nama Islam.

Penghukuman diturunkan sebelum bermula pun sebarang siasatan.

Maka Muslim seluruh dunia dilontar rasa bersalah dan terpaksa mempertahankan diri dan kepercayaan mereka, mengatakan “Ini bukan ajaran Islam”, “Kami mengecam tindakan – tindakan mereka yang tidak mewakili kami!”, sehingga seorang anak Muslimah muda terpaksa membuat satu laman web khas mengumpul ratusan ribu kecaman orang Islam pada apa – apa saja isu. Kerana tidak tahan disuruh mengambil tanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan mana – mana saja Muslim di muka bumi.

Sehinggalah ternyata terbukti, bahawa pelaku jenayah tersebut bukan orang Islam. Maka pihak yang menuduh senyap seribu bahasa, sehinggalah timbul isu baru untuk mereka meloncat menyalahkan Islam dengan SOP yang sama setiap kali.

Jika ini berlaku di negara Barat, mungkin kita boleh bersabar lagi. Tapi nampaknya penyakit Islamofobia ini telah berjangkit waima kepada tanah air bumi Malaysia.

Kes Pembunuhan Mak Nyah, Satu Bukti Nyata Islamofobia dan Anti Agama di Negara

Baru – baru ini, tanah air dikhabarkan dengan berita pembunuhan seorang Mak nyah / transvestite.

Baru saja dilaporkan, ternyata terus dinaikkan persepsi bahawa ia adalah akibat ajaran Islam, kerana sikap diskriminasi yang dikatakan diajarkan agama, dan dia dibunuh sememangnya kerana dirinya seorang Mak nyah:

Hal ini kemudian turut digemakan oleh beberapa pemuka aktivis sosial dan ahli politik, yang cepat saja mengaitkan kejadian ini sebagai hate crime dan prejudis agama:

Ternyata Bukan Dilakukan Orang Islam, dan Bukan Jenayah ‘Hate Crime’

Siasatan lanjut polis kemudian mendedahkan bahawa kes ini tiada kaitan dengan dirinya selaku seorang mak nyah:

“Kes ini tiada kaitan dengan kebencian terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Justeru, kami berharap masyarakat jelas mengenainya dan tidak mengaitkan kes ini dengan LGBT,”

Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

Sebaliknya ia dilaporkan berpunca daripada pencurian telefon bimbit:

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa motif kejadian kes ini adalah mangsa disyaki mencuri telefon bimbit salah seorang suspek yang melanggan mangsa pada November lalu”

Semalam, didedahkan bahawa empat orang tertuduh ternyata bukan beragama Islam.

Kesemua tertuduh iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua remaja berusia 16 serta 17 tahun mengangguk faham akan pertuduhan bersama dibacakan jurubahasa mahkamah.

Maka jelas, ia bukan dilakukan orang Islam, bukan dibuat kerana dirinya seorang mak nyah, dan bukan hate crime.

Di Mana Suara Mereka yang Menuduh?

Malangnya, sehingga masa artikel ini ditulis, masih tiada respon balas mengenai kes ini oleh mereka yang membangkit persepsi, waima daripada mereka yang menggelar diri mereka ‘aktivis sosial’.

Adakah kini tiada nilai ‘keadilan sosial’, apabila didedahkan cerita penuh?

Sikap hipokrasi ini antara lain dipersoalkan oleh Firdaus Wong:

Semasa berita seorang transgender dibunuh di Klang, ada individu yang terus menyalahkan Islam dan Muslim walaupun di saat itu, identiti 4 individu yang ditahan itu belum didedahkan.

Kini identiti dan bangsa suspek telah didedahkan. Kesemua mereka bukannya Muslim dan beragama Islam. Apakah agama & bangsa suspek akan dipersalahkan sekarang?

Ramai manusia yang rela menjadi lembu yang dicucuk hidungnya ditarik ke sana ke sini oleh media liberal yang sering mengaitkan Islam & Muslim dalam perspektif yang negatif. Ramai manusia yang rela diperbodohkan.

Agama dan bangsa seseorang tiada kaitan dengan jenayah yang dilakukan! 

Dr Ahmad Sanusi Azmi juga antara yang mengkritik sikap ini yang semakin membarah:

Memburukkan Imej Islam======== 1. Empat remaja iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua lagi yang berusia…

Posted by Dr Ahmad Sanusi on Monday, 24 December 2018

Islamofobia perlu dibendung daripada tanah air Malaysia, negara Islam yang tercinta ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close