Islamofobiaisu semasa

Denmark Paksa Muslim Berjabat Tangan dengan Lain Jantina untuk Dapat Kerakyatan

Nytimes melaporkan bahawa Denmark mewajibkan sesiapa yang ingin mendapatkan kerakyatan untuk berjabat tangan dalam majlis naturalisasi.

Pengamal undang – undang mengatakan bahawa peraturan ini dibuat khusus untuk menyasarkan Muslim yang ditegah oleh agama daripada menyentuh mereka yang berlainan jantina.

Undang – undang ini mencetuskan reaksi yang kuat daripada beberapa orang datuk bandar yang perlu mengendalikan majlis tersebut, kerana mereka beranggapan ia adalah undang – undang yang kekok, hanyalah simbolik, dan tidak relevan langsung dengan kelayakan pemohon.

Mereka mengatakan bahawa Parlimen Denmark, yang telah meluluskan undang – undang tersebut, sebagai secara rasminya telah mengangkat amalan sosial kepada nilai kebangsaan.

Memberi komen tentang hal ini, penyelidik di YaqeenInstitute, Asadullah Ali mengatakan tindakan ini sebagai hipokrasi ‘kebebasan bersuara Barat’:

Denmark baru saja meluluskan undang – undang yang mewajibkan imigran untuk berjabat tangan untuk menjadi penduduk negara tersebut. Ya, undang – undang yang memaksa orang untuk menyentuh orang lain tanpa keizinan mereka untuk membuktikan mereka penduduk yang baik.

Pengamal undang – undang Denmark mengatakan ‘tidak beradab’ sekiranya mereka tidak berjabat tangan, maka ia satu kriteria seseorang itu bukan penduduk yang baik. Takjubnya, mereka tidak langsung nampak apa – apa masalah menghina agama penduduk yang sama tersebut dengan mengatakan gambar – gambar biadap menghina Nabi Muhammad (SAW) sebagai dibenarkan dibawah nilai kebebasan bersuara.

Dalam kata lain, anda tak boleh ‘biadap’ dengan kami dengan enggan berjabat tangan, tapi boleh saja kami biadap dengan anda – sebab nilai.

Tapi, orang Denmark yang sama dibenarkan pula berimigrasi ke banyak negara Muslim seperti Malaysia, Indonesia, Mesir dll tanpa dipaksa berpakaian menutup aurat atau mematuhi amalan setempat lain. Mereka tak dipaksa menyentuh orang lain untuk peroleh kerakyatan.

Tapi mereka fikir kita yang ekstrim.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close