isu semasaLiberal

Kempen Beri Kondom Percuma yang Bakal Diadakan di Universiti Malaya Cetus Kontroversi Galakan Berzina

Sebuah kempen yang bakal diadakan di Universiti Malaya pada 20 Disember ini mengundang kontroversi apabila penganjur turut memberikan kondom – kondom percuma sebagai satu langkah ‘menghapus Aids dan Stigma untuk Kesamarataan’.

Kempen yang dianjurkan oleh ERASE itu mengundang kritikan apabila kondom tersebut diberi bukan hanya pada pasangan berkahwin, tapi sesiapa sahaja ‘individu yang aktif dalam aktiviti seksual’.

Hal ini mengundang kritikan:

“Niat yang baik tidak menghalalkan cara”

“Maqasid hukum zina ialah menjaga keturunan. Keturunan juga dapat dijaga menggunakan kondom dan kontraseptif lain. Adakah hukum berkenaan zina sudah tidak relevan?

Berikut adalah komen oleh Ustaz Idris Sulaiman mengenai isu ini:

KONDOM PERCUMA: GALAKAN UNTUK BERZINA

Cubaan untuk merosakkan anak-anak muda. 

Wajar bagi masyarakat Islam dalam Negara peka dengan muslihat dan tipu daya yang direncanakan oleh musuh-musuh Agama dan Umat. 

Jangan sesekali mengira bahawa mereka akan berterus terang menyatakan hasrat dan perancangan mereka untuk MEROSAKKAN AGAMA dan MEMBINASAKAN UMAT, khususnya anak-anak muda yang menjadi harapan masa hadapan. 
.
Mereka akan datang menzahirkan diri mereka dengan slogan-slogan seperti KEADILAN, KEBEBASAN dan KESAMARATAAN. 

Tetapi yakinlah bahawa ia tidak lebih daripada RACUN yang disangka PENAWAR.

Seperti ucapan IBLIS laknatullah kepada NABI ADAM alaihissalam ketika dia mengesyorkan kepadanya supaya makan daripada buah Khuldi yang terlarang. 

Iblis menzahirkan dirinya sebagai PENASIHAT yang jujur lagi amanah. 

Kata Iblis laknatullah:

‎وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

“Dia (Iblis) bersumpah kepada kedua-duanya (Adam dan Hawa): Sesungguhnya aku adalah PENASIHAT buat kamu berdua!”

[Surah Al-A’raf, ayat 21]

Kisah Nabi Adam terpedaya dengan NASIHAT Iblis sewajarnya menjadi ibrah pengajaran buat kita Umat Islam, jangan sampai hal yang sama berlaku kepada kita. 

Kepada Allah jua kita memohon keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close