isu semasa

Channel Islam Terbesar Youtube Diancam Shutdown Tanpa Sebab dan Amaran.

Saluran MercifulServant, antara saluran Islami yang terbesar di Youtube dengan 2 juta subscribers baru – baru ini ditimpa musibah apabila digantung daripada Youtube dan dimatikan akses kepada Paypal.

Saluran yang popular dengan video – video nasyid, ceramah dan tazkirah menggegarkan jiwa diiringi sambil visual yang cantik itu ternyata banyak memberi manfaat kepada umat.

Salah satu video popular mencecah 2 juta tontonan.

Bahan – bahan yang dihasilkan mampu mencecah jutaan tontonan, termasuk mendapat reaksi daripada non Muslim yang kagum dengan mesej – mesej Islam yang disampaikan. 

Seorang Katolik yang membuat reaksi terhadap video tular ‘the Throne of Allah’

Namun nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saluran tersebut dan mahu menghentikan usaha dakwah mereka.

Menurut video terbaru mereka, MercifulServant mendedahkan kisah di sebalik penggantungan saluran mereka oleh Youtube. 

Kisah di sebalik penggantungan saluran MercifulServant

Secara tiba – tiba para pengikut saluran tersebut tidak dapat menonton video – video yang telah dimuatnaik selama hampir 8. Mereka kemudian menerima makluman daripada Youtube bahawa akaun mereka digantung.

Ini berlaku tanpa sebarang amaran. Kebiasaannya, satu saluran di Youtube boleh digantung sekiranya mereka melanggar peraturan hak cipta sebanyak beberapa kali. Namun tiada langsung sebarang pelanggaran yang dilakukan oleh saluran tersebut. 

Mereka kemudian membuat laporan kepada Youtube bertanyakan sebab mengapa saluran mereka dipadam begitu saja. Beberapa jam kemudian, saluran mereka dinaikkan semula, tapi tanpa sebarang penjelasan oleh Youtube.

Fakta bahawa ini boleh berlaku kepada saluran Muslim terbesar sungguh membimbangkan – MercifulServant

Malah bukan itu saja, sumber akaun derma mereka juga ditamatkan begitu saja oleh Paypal, sekali lagi, tanpa sebarang sebab munasabah.

Ketika ditanyakan sebab kepada Paypal, mereka sekadar menjawab.

Ini arahan pihak atasan.

Hal yang berlaku kepada saluran MercifulServant ini mendatangkan kegusaran kepada pengendali saluran Islami yang lain. Ini menunjukkan bahawa mereka mampu memadamkan saja penyebaran mesej – mesej kebenaran di platform mereka tanpa sebarang sebab.

Satu lagi hipokrasi pendukung ‘kebebasan bersuara’. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close