Ateisinfo Islam

Dunia Islam Mundur Bidang Sains kerana Lambat Tinggalkan Aristotle

Pada tahun 1690an, Eropah melalui satu transisi besar dalam kurikulum pendidikannya. Falsafah natural Aristotle ditinggalkan secara rasmi dan ditukar dengan pemahaman yang lebih praktikal terhadap alam semesta.

Profesor sejarah, Laurence Brockliss, mencatatkan bahawa pertelingkahan teologi dalam lingkungan gereja menghasilkan satu lopong yang kemudian diisi oleh falsafah mekanikal Cartesianism – yang akhirnya menjadi paradigma ideologi dominan dalam dunia akademik Perancis:

Kepentingan revolusi kurikulum pada tahun 1690 tidak boleh dipandang enteng. Sebaik saja universiti premier di tanah tersebut – universiti yang menjulang Aristotle selama 500 tahun – ditumbangkan oleh falsafah mekanikal, tradisionalis dalam gereja – gereja negara Perancis tidak mempunyai senjata yang ampuh untuk menangkis ombak Cartesian… Buku teks Cartesian dan popularitinya membanjiri pasaran Perancis


The Moment of No Return, ms. 269



Sokongan institusi terhadap falsafah Cartesian kemudian mempengaruhi institusi lain di serata Eropah – sehingga turut mengubah Universiti Oxford dan Jesuit Order kepada Descartes. Apa yang berlaku seterusnya? Sesuatu yang kita semua tahu : Bermulalah Zaman Pencerahan.

Tapi apa yang berlaku kepada dunia Muslim pada waktu ini? Sesuatu yang bertentangan, Empayar Uthmaniyah masih lagi melihat falsafah Aristotle sebagai kemuncak pemikiran rasional. Mereka tidak mengikut jejak langkah tokoh pemikir awal yang menolak Aristotle (contoh Al Ghazali), sebaliknya menerima Aristotle sepenuhnya. 

Sebagai contoh, manual abad ke 13 mengenai logik, metafizik dan falsafah natural Aristotle, yang dikenal sebagai Hidayat al Hikma al Abhari, merupakan antara buku teks paling terkenal yang digunakan dalam madrasah pada abad ke 17 hingga 18. Ia sangat popular sehingga hampir 20 glosari dan komentari ditulis hanya untuk hasil karya ini sahaja.

Maka ketika mana orang Eropah menolak Aristotle, Muslim masih menerima beliau. Inilah waktunya kita menjadi ketinggalan. Tapi orang masih menganggap penolakan Aristotle sebagai punca kemerosotan produktiviti saintifik dalam peradaban Islam.

Pelik betul. 

Diterjemah daripada tulisan Asadullah Ali al Andalusi, Pengkaji di Yaqeen Institute.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close