feminisme

Risau Dituduh Cabul Oleh Feminis, Eksekutif Wall Street Cadang Amalkan Jaga Ikhtilat

Gerakan #Metoo yang dilancarkan oleh feminis telah menimbulkan kegusaran yang besar buat staf dan eksekutif lelaki di Barat.

Gerakan #Metoo merupakan satu saranan kepada wanita yang telah dicabul kehormatan, atau diganggu seksual, atau dikasari untuk membuat laporan dengan membuat tweet #Metoo. Pada mulanya ia hanyalah satu hantaran kecil di Twitter, tapi kemudian melonjak naik menjadi satu gerakan sosial besar – besaran.

Hasilnya, banyak nama – nama lelaki selebriti Barat yang besar dituduh sebagai pelaku gangguan seksual seperti Morgan Freeman, Neil DeGrasse Tyson, Sylvester Stallone, Lawrence Krauss dan banyak lagi.

Gerakan ini bagaimanapun menerima kritikan yang besar apabila wanita dikatakan mampu untuk menuduh saja tanpa bukti. mereka – reka cerita untuk memburukkan lelaki, tidak membezakan jenayah rogol dengan sekadar sentuhan, wanita mengungkit kisah – kisah lama puluhan tahun lalu,  dan merosakkan fabrik sosial antara lelaki dan perempuan Barat.

Kesannya, banyak lelaki Barat yang amat risau dan bingung dengan wanita. Mereka tak tahu apa yang dianggap sebagai ‘gangguan seksual’, apa yang bakal diungkit oleh perempuan terhadap mereka, dan mereka menjadi benci terhadap perempuan.

Maka, mereka kemudian mengambil langkah yang hakikatnya hampir dengan saranan Ikhtilat Islami, termasuklah eksekutif besar Wall Street.

Peraturan Baru Wall Street – Jauhi Wanita Sejauhnya

Bloomberg melaporkan, paranoia yang diakibatkan oleh gerakan #Metoo telah menimbulkan saranan berikut oleh Wall Street:

  • Jangan makan malam dengan teman sekerja wanita
  • Jangan duduk sebelah mereka dalam penerbangan
  • Tempah bilik hotel di tingkat berbeza
  • Jauhi mesyuarat berdua – duaan.
  • Jarakkan diri dalam lif

Macam pernah dengar bukan amalan – amalan ini?

Berikut adalah komen Yasir Qadhi mengenai perkembangan ini:

Di sebalik semua skandal gerakan #Metoo, eksekutif lelaki tertinggi di Wall Street kini mengikuti pelbagai protokol asas.

… Artikel dalam majalah Bloomberg ini pergi lebih jauh dengan mengatakan jika hal ini berterusan, kita mungkin akan sampai kepada tahap pengasingan jantina!

Saya rasa apa yang tinggal, setelah peraturan khalwat, mahram, safar dan lain – lain telah tertegak, adalah untuk memakaikan pakaian – pakaian bersesuaian untuk lelaki dan wanita *batuk* hijab *batuk* dan … voila! Kita kini ada tempat kerja patuh Islam!

Pengambilalihan Syariah yang dibimbangi puak haluan kanan sudahpun berlaku!! Ia cuma dipanggil Common sense.

Apabila Barat baru saja menyedari kepentingan menjaga Ikhtilat, Islam sudahpun mengamalkannya ribuan tahun yang lalu.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close