Liberal

Menjawab Siti Kasim Negara Islam Mundur, Kuat Makan Rasuah

Sekali lagi, Siti Kasim menghina negara – negara Islam termasuk Malaysia dengan tuduhan klise.

Image may contain: one or more people and text

“Kuat? *******. Tengok sajalah negara – negara Islam miskin dan gagal dunia. Dan di Malaysia. Kuat buat anak, kuat makan rasuah, kuat rompak negara, kuat ********, kuat berfantasi, kuat perasan, kuat tuang kerja, kuat curi tulang, kuat ambil dadah, kuat sumbang mahram, kuat makan subsidi, dll”

Kenyataan ini jelas menampakkan prejudis dan kebencian terhadap negara – negara bercirikan Islam. Berikut beberapa respon terhadapnya.

Jawab Balas Dr Sanusi Azmi

Dr Sanusi Azmi memberikan respon berikut:

1. Siti Kasim menggambarkan Muslim sebagai satu bangsa yang lemah dan mundur. Corak pemikiran sebegini tidak ubah sama dengan kerangka naratif yang dibawa oleh penjajah dan pemikir barat sejak dahulu lagi. Dr. Edward Said di dalam karyanya (Orientalism) menjelaskan bagaimana barat membahagikan dunia kepada beberapa bahagian dan menyifatkan Muslim sebagai mundur dan lemah.

2. Edward Said turut melihat pemikiran sebegini adalah satu kempen untuk melemahkan jiwa Muslim itu sendiri. Sehingga sampai satu tahap Muslim itu sendiri merasa tidak berdaya, malu dengan Islam, bahkan malu untuk mengaku dirinya sebagai Muslim.

3. Menurut Dr Mustafa Siba’ie, kerangka pemikiran sebeginilah yang dibawa oleh pihak imperialis, sebagai senjata baru bagi menghilangkan identiti serta jati diri Muslim itu sendiri.

4. Alangkah jauhnya kita dengan Saidina Umar yang berbangga dengan Islam. Malah beliau menegaskan bahawa kita hanya mulia dengan Islam. Allah akan memuliakan kita dengan kesungguhan kita membawa nilai yang dibawa oleh Islam.

5. Benar, Muslim itu seharusnya memperbaiki diri mereka selari dengan tuntutan Islam. Namun mengambil barat sebagai model pembangunan modal insan adalah satu keputusan yang salah.

6. Lihat betapa ramai Muslim yang turut cemerlang pada hari ini dipelbagai bidang. Tiga saintis Melayu Muslim dari Malaysia pernah disenaraikan sebagai antara 72 saintis Minda Sains Paling Berpengaruh Dunia oleh Agensi Perkhidmatan Penarafan Indeks Saintifik Dunia, Thomson Reuters yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS).

7. Malah Dr. Nurul Adlyka sebelum ini pernah dimasyhurkan antara saintis muda Muslim yang terlibat dalam penemuan bukti kewujudan Supermassive Black Hole. Semua ini menunjukkan Islam dan Muslim boleh untuk menempa kekuatan yang lebih jauh.

8. Bahkan kesatuan Muslim juga akan memberikan kekuatan buat Islam dan Muslim. Tahukan anda, Siti Kasim telah kalah dan tersingkir dalam pemilihan anggota Badan Peguam Malaysia (Bar Council) baru-baru ini. Barisan peguam yang menang adalah mereka yang menolak ratifikasi ICERD. Ini sekaligus menunjukkan, kesatuan Muslim akan memberikan kekuatan buat agenda Islam.

9. Mari Tuan-puan kita sepakat untuk Islam. Leburkan kepentingan dunia dan keegoan kumpulan, mari bersatu demi Islam.

Video – video Debat

Beberapa video – video debat yang khusus berkenaan topik ‘negara Islam mundur’ juga wajar ditonton untuk mereka yang selalu mempersoalkan hal ini:

Abdullah Andalusi vs Pendokong Sekular

Dalam sesi debat ini, Abdullah Andalusi yang merupakan seorang mualaf di Barat meruntuhkan parameter – parameter ‘negara maju’ yang sering kali digunakan oleh sekularis secara berat sebelah.

Debat dengan Pembenci Islam Poland

Dalam debat yang lebih ‘rancak’ dan lantang, seorang pembenci Islam Poland didiamkan mengenai status negara Islam.

Debat dengan India Malaysia

Dalam sesi debat yang lebih ilmiah ini, Syeikh Adnan Rashid membongkar salah faham sejarah seorang rakyat Malaysia berbangsa India mengenai kemajuan negara Islam.

Tags

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close