isu semasa

Legasi ‘Kesyaitanan’ H.W Bush

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun. Beliau meninggalkan beberapa legasi yang mendatangkan kebinasaan yang besar sepanjang pemerintahannya:

Beliau Menipu untuk Melancarkan Peperangan

13 Tahun sebelum George W. Bush menipu mengenai Senjata Pemusnah Besar (Weapon of Mass Destruction – WMD) untuk membenarkan penjajahan US terhadap Iraq, bapanya sendiri mengadakan kenyataan – kenyataan palsu untuk menjustifikasikan pengeboman udara di negara yang sama. Perang Teluk pertama, sebagaimana wartawan Joshua Keating menyimpulkan, adalah “Satu perang yang dijual di atas gunung propaganda”

Pada permulaannya, Bush memberitahu orang awam Amerika bahawa Iraq telah menjajah Kuwait “Tanpa provokasi dan amaran“. Apa yang beliau ‘terlupa’ untuk beritahu adalah duta US ke Iraq, April Glaspie, telah memberikan lampu hijau kepada Saddam Hussein, memberitahu beliau bahawa pada Julai 1990, seminggu sebelum penjajahan, “Kami tiada pandangan mengenai konflik Arab – Arab, seperti mana perselisihan sempadan anda dengan Kuwait”

Kemudian berlaku juga pemalsuan maklumat. Bush mengerahkan askar US ke Teluk pada Ogos 1990 dan mengatakan bahawa beliau melakukan demikian untuk “membantu Kerajaan Arab Saudi mempertahankan tanah airnya”. Tulis Scott Peterson dalam Christian Science Monitor pada 2002, “Memetik imej satelit rahsia, pegawai Pentagon menganggarkan … bahawa hampir 250,000 tentera Iraq dan 1500 kereta kebal berada di sempadan, mengancam pembekal minyak utama US”

Namun apabila wartawan Jean Heller dari St.Petersburg Times memperoleh imej satelit komersial sempadan Saudi beliau sendiri, beliau dapati tiada petanda askar Iraq, yang ada hanyalah padang pasir yang kosong.

Beliau Melakukan Jenayah Perang

Di bawah pemerintahan Bush Sr., US menjatuhkan 88,500 tan bom ke atas Iraq dan Iraq taklukan Kuwait, yang telah menyebabkan jumlah kematian orang awam yang dahsyat. Pada Februari 1991, contohnya, serangan udara US ke atas perlindungan kejiranan Amiriyah di Baghdad membunuh 408 orang awam Iraq. Menurut Human Rights Watch, Pentagon sudah pun ketahui bahawa fasiliti Amiriyah telah digunakan sebagai perlindungan sivil semasa perang Iran – Iraq, namun US masih menyerang tanpa amaran. HRW menyimpulkannya sebagai “pelanggaran serius undang – undang peperangan”

Bom US turut memusnahkan infrastruktur asas Iraq – dari penjana elektrik dan perawat air kepada kilang makanan dan tepung gandum. Ini bukan kemalangan. Seperti mana laporan Barton Gellman dari Washington Post, “Sesetengah sasaran terutama di penghujung perang, sengaja dibom untuk mewujudkan kelebihan ke atas Iraq pasca peperangan, bukan untuk mempengaruhi punca perang itu sendiri”

Bermakna, pentadbiran Bush memang sengaja menyasarkan infrastruktur awam sebagai ‘kelebihan’ ke atas Saddam Hussein. Bagaimanakah ini tidak dianggap sebagai keganasan? Pasukan kesihatan Harvard menyimpulkan bahawa kurang empat bulan setelah tamatnya perang, kemusnahan infrastruktur Iraq telah mengakibatkan malnutrisi dan penyakit cholera dan typhoid bertahap ‘epidemik’.

Pada Januari 1992, Beth Osborne Daponte menganggarkan bahawa Perang Teluk Bush telah mengakibatkan kematian 158,000 orang Iraq, temasuk 13,000 kematian segera orang awam dan 70,000 kematian akibat kerosakan terhadap elektrik dan pengurusan sisa kumbahan.

Sumber: Mehdi Hasan, The Intercept

Tags

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close