Ateis

Kini, Ateis Mengatakan Incest / Sumbang Mahram pula Sebagai OK

Baru – baru ini, sesetengah ateis mengekspresikan sokongan mereka terhadap incest. Mereka mengatakan bahawa selagi mana seks tersebut adalah antara dua orang dewasa yang suka sama suka, maka ia dibolehkan. Tak kiralah sama ada antara ibu dengan anak lelakinya, anak perempuan dengan bapanya, atau sesama adik beradik.

Ini adalah corak biasa dalam etika ateis / sekular : memecahkan amalan tabu. Zina sentiasa dianggap sebagai tidak bermoral, tapi kemudian etika sekular memberitahu kita bahawa itu hanyalah satu tabu yang tak rasional. Liwat sentiasa dianggap sebagai jijik, tapi kemudian etika sekular memberitahu kita bahawa itu hanyalah satu tabu tak rasional yang lahir dari emosi dan bukan rasional, maka ia tak diterima.
Maka sekarang pemikiran yang sama dibawa pula kepada hubungan seks dengan ahli keluarga berkongsi pertalian darah.

Tapi kenapa berhenti di situ? Kenapa tak anggap konsep seks tanpa kebenaran (consent) atau bukan suka sama suka sebagai tabu tak rasional yang dipandu oleh emosi? Kenapa konsep suka sama suka ini berbeza dengan tabu yang lain yang dibuang dan tak diterima?
Seorang ateis / sekularis boleh saja berhujah bahawa sebagaimana manusia mundur percaya bahawa perbuatan liwat sebagai jijik dan tidak natural, maka sama saja golongan mundur yang secara tak rasional percaya bahawa seks tanpa kebenaran adalah satu perbuatan salah. Dalam kedua – dua kes tersebut, tiada sebab rasional atau saintifik untuk tunduk kepada tabu sedemikian rupa.
Sebelum sesiapa menuduh bahawa ini menghalalkan rogol, ini cumalah satu penghujahan berasaskan nilai moral ateis. Adakah nilai moral ateis/sekular memberi justifikasi rasional untuk kepentingan hubungan suka sama suka? Tidak langsung.
Majoriti besar ateis hari ini adalah liberal dan mereka tunduk kepada etika utilitarian liberal. Menurut utilitarianisme, apa saja yang memaksimakan rasa senang dan meminimakan bahaya adalah baik secara moral. Dan apa saja yang memaksimakan bahaya dan meminimakan rasa senang adalah jahat secara moral. Seperti yang biasa dikatakan mereka, apa saja yang tak membahayakan orang lain perlu dihalalkan dan dibenarkan secara moral.
Konsep bahaya dan kesenangan ini implisit dalam semua argumen liberal mengenai seksualiti. Tabu, menurut utilitarianisme, adalah tidak bermakna kerana hanya kesenangan dan kebahayaan yang menentukan nilai moral, bukan menurut rasa jijik orang, menurut mereka.
Maka kalau begitu, terdapat banyak contoh tindakan bukan suka sama suka yang meningkatkan tahap rasa senang dan mengurangkan kebahayaan. Contohnya adalah seperti rakaman lucah tersembunyi. Seorang utilitarian boleh saja memasang kamera tersembunyi dalam tandas awam wanita dan menayangkan rakaman live kepada jutaan orang gatal yang lain seluruh dunia. Jumlah total rasa kesenangan akan meroket naik, manakala tahap kebahayaan pula minima kerana perempuan tersebut tak tahu dirinya dirakam. Mukanya pula boleh dikaburkan untuk melindungi identiti mereka.
Maka, menurut pertimbangan ini, rasa senang jauh mengatasi kebahayaan. Seorang ateis boleh mengatakan bahaya tiada yang salah tentang tindakan ini kerana tiada siapa yang dibahayakan sedangkan total rasa senang pula sangat besar. Konsep suka sama suka pula hanyalah satu tabu mundur yang kita semua patut lupakan saja.
Jika ateis dan sekularis liberal konsisten, mereka patut galakkan juga rakaman lucah ini sebagaimana banyaknya mereka menggalakkan incest, LGBT, dll.
Inilah antara sebab mengapa ateisme dan sekularisme, jika dipraktikkan kepada kesimpulan akhir, sangat mengarut dan patut ditolak oleh semua mereka yang rasional.
Diterjemah daripada tulisan Daniel Haqiqatjou

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close