Syiah

Sudah – sudahlah Nafikan Agenda Syiah Kamu

Masih lagi hangat berkenaan dengan pendedahan gerakkan Who Is Hussain, kali ini abang mullat Khalid Mohd Ismath dan Revolusi Habib mereka membuat tuduhan yang kelakar untuk menghiburkan hati para Jemaah Pro Syiah-nya dengan mengatakan kumpulan Street Dakwah membid’ahkan donut:
 

“Jelas pengedaran donut tersebut adalah satu bidaah dan bertentangan dengan ajaran dan tradisi Ahlul Sunnah di Malaysia.”

Tidak kiralah pengedaran donut ke atau nak mengedar nasi kerabu ke itu bukan isunya, isunya adalah kami melihat mereka menjadi tambatan untuk menyelesakan masyarakat Malaysia kepada agenda Syiah.    

Untuk pengetahuan, kami dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dianjurkan untuk berpuasa pada hari Asyura. Seperti sabda nabi yang bermaksud:  

 “Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Beliau menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162).    

Sebagaimana kita tahu sikap Syiah mereka akan cuba menyelisihi Ahli Sunnah dengan pelbagai sudut. Salah satunya amalan Syiah mereka meratap dan bersedih di atas kematian Hussein pada hari Asyura. Mereka sememangnya tidak ada amalan berpuasa sunat pada hari itu dan salah satu cara untuk mereka untuk menyelisihi sunnah pada hari itu dengan mengadakan pengedaran dan pesta makan termasuk bubur Asyura.

Manakala pada hari lain tidak pula mereka terhegeh-hegeh untuk mengedarkan makanan kepada orang ramai.    

Apabila kami melihat gerakkan “Who Is Hussein” (https://whoishussain.org/) yang bertapak di London. Apabila kami menyemak, keseluruhan laman tersebut penuh dengan agenda untuk menormalisasi gerakkan Syiah. Mereka mengutamakan isu kebajikan di samping mempromosi ketokohan Sayyidina Hussein.    

Sebelum ini, ketika mereka menghubungi kami mereka mengatakan gerakkan mereka ingin menghilangkan salah faham terhadap Sayyidina Hussein dan untuk menyatukan antara Sunni dengan Syiah.    

Persoalannya siapakah umat Islam yang ada salah faham terhadap Sayyidina Hussein? Ia tidak pernah timbul isu kerana semua umat Islam sayang dan percaya beliau adalah cucu kesayangan Baginda nabi SAW.

Tidak ada umat Islam yang menghina atau memperendahkan kedudukan beliau itu.     Jika mereka menggunakan alasan ingin menyatukan Sunni-Syiah, apa solusi yang boleh menyelesaikan antara dua situasi bagai minyak dan api. Satu kelompok apabila disebut nama sahabat nabi mereka akan menyahut “Radiallahuanhum ajmaie” (Semoga Allah meredhai kesemuanya)” manakala satu kelompok lagi apabila disebut nama sahabat nabi mereka akan menyahut “Laknatullah alaih” atau “fi narr” (Laknat Allah atau di dalam neraka)”Jadi bagaimana hendak pertemukan dua kelompok ini.

Malah ramai ulama besar telah melakukan usaha ini tetapi gagal, antaranya Dr Yusuf Al Qaradhawi juga pernah usahakan penyatuan Sunni Syiah tetapi tidak berjaya malah menarik balik ijtihadnya terdahulu dan mengaku beliau tersilap.    

Apabila kami bertanya kepada mereka ini, kenapa tidak mahu mempromosi nabi Muhammad SAW sahaja jawabnya, nabi itu adalah nabi dan dia bukan orang biasa. Katanya mereka ingin mempromosi seorang tokoh yang mana dia adalah orang biasa tetapi dihormati oleh semua orang.

Kami menjawab bahawa, apa al Quran sebut tentang nabi Muhammad adalah Baginda adalah suri tauladan untuk manusia (al Ahzab: 21) dan mengapa kalian perlu ada sikap untuk mengelak daripada mempromosi nabi Muhammad sebagai suri tauladan? Mengapa ia diketepikan?    

Jika bukan nabi Muhammad pun mengapa tidak sahabat yang lain, juga merupakan manusia biasa.

Malah ilmuan barat Micheal H. Hart di dalam bukunya The 100 menyenaraikan Umar al Khattab disenarai 52 orang yang berpengaruh. Mengapa tidak mempromosi ketokohannya? Jika mahu mempromosi cucu nabi sahaja mengapa tidak cucu yang lain?    

Walaupun mereka mengatakan di dalam laman sesawang tersebut tidak ada satupun doktrin Syiah, tetapi jelas di dalam laman tersebut mengatakan Sayyidina Hussein sebagai imam (maksum cara fahaman syiah), dan dipenuhi dengan gambar-gambar Syiah serta kubur Sayyidina Hussein di Karbala. Malah di dalam laman sesawang tersebut ada perkataan yang menghina Yazid Ibn Muawiyyah serta mahu menghidupkan hari Asyura pada 10 Muharram di Karbala.    

Didalam artikel dari Malay Mail tentang isu ini, ia tertulis kata-kata dari salah seorang ahli NGO ini “We always have an event during [the Muslim month of] Muharram, to remind people what had happened to Hussain and what he stands for. We’re not mourning,” Natasha said.    

Tetapi di page Who is Hussain – Malaysia di Facebook tertera menyatakan disebaliknya “This Muharram, millions around the world will be mourning Hussain whilst chanting slogans of peace and renewing their allegiance to the values Hussain stood for.”    

Persoalannya, adakah Ahli Sunnah Wal Jamaah akan “mourning Hussain” (meratapi kematian Hussain) atau sebenarnya adalah Syiah?    

Kesemua ini adalah agenda halus untuk menyelesakan masyarakat kepada fahaman Syiah. Agenda halus sebegini kami sudah lama hadapi di dalam gerakkan Kristian dan juga gerakkan agama baru (cult) yang menampakkan fokus kepada kebajikan tetapi di sebalik itu membawa ideologi tertentu.

Jika tidak, mengapa perlu untuk mereka mahu menyebarkan risalah ‘Who Is Hussein’?    

Apabila kami mendedah aktiviti mereka ini akan tetapi respon mereka pula melihat kepada pembid’ahkan donut pula. Kami akhirlah dengan pantun donat:     Diberi makan siapa tak nak, Diberi pula Donut Krispy Kreme, Tika kecil tunduk dan jinak, Tika besar ganas dan Ekstreme..      

Mengedar donut sehari suntuk, Slogan Syiah menjadi-jadi, Sahabat nabi sentiasa dikutuk, Tak sebut di mulut dalam hati pun jadi..       Admin Mulla Ali Khomendo

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close