isu semasaLiberal

‘Toleransi Agama’ yang Menyeleweng

Di dalam forum anjuran Projek Dialog tentang toleransi agama, Siti Kasim menegaskan bahawa dalam perlembagaan, tiada disebutkan Islam jenis apa yang mesti diikut. Jadi terpulanglah kepada orang Islam hendak mengamalkan Islam jenis apa yang mereka inginkan. Mereka boleh jadi Syiah, Ahmadiyyah, Ayah Pin Kerajaan Langit, Rasul Kahar atau apa sahaja Islam yang mereka inginkan.

Ini adalah satu kesilapan yang nyata. Kemunkaran dan kebatilan tidak boleh dibiarkan sekalipun tidak disebutkan dalam perlembagaan. Pemikiran seperti ini seolah meletakkan perlembagaan lebih tinggi dari al-Quran dan hadith.

Setiap perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan hadith haruslah ditolak. Sekiranya Syiah mengatakan Ali adalah Nabi yang sebenar, ia jelas bertentangan dengan al-Quran dan hadith, maka Syiah tidak boleh diikut. Apabila Ahmadiyyah mengaku bahawa Ghulam Ahmad adalah Imam al-Mahdi yang cirinya jelas bertentangan dengan Quran hadith maka kita harus tolak.

Dengan sebab itu Abu Bakar membanteras golongan yang murtad dan menolak zakat setelah Rasulullah meninggal kerana kumpulan ini berfahaman dengan aqidah yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Apakah Siti Kasim mendakwa Abu Bakar tidak bertoleransi?

Selesai pulang dari Perang Tabuk, Rasulullah meruntuhkan Masjid Dirar, tempat ibadah yang dibina oleh beberapa orang Ansar dan munafiq. Apakah kita akan katakan bahawa Rasulullah tidak bertoleransi sehingga merobohkan rumah ibadah?

Tiada toleransi buat perkara yang salah dan batil. Apakah kita akan bertoleransi dengan perompak kerana menjaga hak dan keinginan mereka?

Astaghfirullahal Azim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close