info Islam

10 Manuskrip al Quran Paling Tua dalam Sejarah

Manuskrip al Quran Paling Tua dalam Sejarah

Allah berfirman dalam Surah al Hijr, Ayat 9:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”
Tanpa ragu, Quran pada hari ini adalah sama dengan Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW). Dalam artikel ini, kita akan berkenalan dengan manuskrip – manuskrip al Quran yang tertua, termasuklah yang ditarikhkan kepada zaman Nabi Muhammad (SAW) dan Khulafa al Rashidin.

1. Manuskrip al Quran Birmingham

Pada tahun 2015, di Universiti Birmingham, saintis menemui manuskrip al Quran yang sangat tua yang ditulis atas kertas kulit, yang menggunakan tulisan Hijazi Arab. Ia dianggap sebagai salah satu manuskrip yang paling tua, yang dianggarkan tarikhnya antara 568 hingga 645 Masihi. Iaitu, berkemungkinan ia telah ditulis pada tempoh kehidupan Nabi Muhammad sendiri.

2. Manuskrip Quran Sana’a

Manuskrip Quran Sana’a telah ditemui di Yaman pada tahun 1972 ketika proses membaik pulih Masjid Sana’a. Manuskrip tersebut ditulis pada kertas kulit, dan mengandungi dua lapisan teks, keduanya ditulis menggunakan khat Hijazi. Berkemungkinan besar, manuskrip ini dihasilkan pada tahun 646 – 671 Masihi.

3. Manuskrip Quran Topkapi

Manuskrip Topkapi dijejak tarikhnya pada akhir abad pertama atau awal abad kedua hijrah (iaitu awal atau pertengahan abad ke lapan). Ia ditulis menggunakan khat Kufi dan mengandungi 99% teks al Quran. Dengan hanya 2 muka surat (23 ayat) yang hilang, manuskrip ini adalah yang paling hampir kepada teks al Quran yang sempurna pada zaman tersebut.

4. Manuskrip Quran Samarqand

Manuskrip Quran Samarqand dianggarkan seawal abad kedua hijrah lagi, iaitu lebih kurang pada abad ke lapan Masihi. Manuskrip ini sangat rapuh dan diletak di dalam almari untuk mengelakkan kerosakan. Ia adalah manuskrip Quran yang besar yang ditulis menggunakan khat Kufi.

5. Manuskrip Quran Parisino – Petropolitanus

Kodeks Parisino – Petropolitanus adalah salah satu daripada manuskrip Quran yang terselamat pada zaman awal. Ia dijumpai bersama cebisan Quran yang disimpan di dalam masjid al Amr di Fustat, Mesir. Saintis menganggarkan manuskrip tersebut berasal pada akhir abad ke 7 atau awal abad ke 8.
98 helaian manuskrip ini yang terselamat disimpan di merata – rata tempat seperti Bibliotheque Nationale de France, The National Library of Russia, The Library of Vatican, dan The Khalili Collection di London. Manuskrip ini dihasilkan oleh 5 penulis yang berbeza dalam menggunakan khat Hijazi, berkemungkinan untuk mempercepatkan penghasilan.

6. Manuskrip Quran Biru

Quran biru adalah Quran zaman Fatimiah yang ditulis menggunakan khat Kufi pada akhir abad ke 9 hingga awal abad ke 10. Ia ditulis menggunakan tulisan tinta emas dan dihiasi perak di atas kertas vellum berwarna indigo. Pada hari ini, kebanyakan helaian yang terselamat ditempatkan di Institut Seni dan Arkeologi, di Muzium Kebangsaan Bardo, Tunis. Folio – folio yang ditanggalkan pula ditayangkan di muzium seluruh dunia.

7. Manuskrip Quran Ibn al Bawwab

Manuskrip Quran Ibn al Bawwab adalah Quran penuh yang terselamat. Ia ditulis menggunakan khat nasakh. Manuskrip ini diletakkan di Perpustakaan Chester Beatty, Dublin. Ia ditulis oleh seorang jurukhat Arab, Abu al – Hasan Ali ibn Hilal, yang dikenali sebagai Ibn al Bawwab di Baghdad. Manuskrip ini ditarikhkan kepada tahun 391 Hijrah.

8. Manuskrip Quran al Andalus

Manuskrip Quran al Andalus dianggarkan dihasilkan pada abad ke 12 Masihi. Ia ditulis menggunakan khat Kufi.

9. Manuskrip Quran Maghribi

Manuskrip Quran Maghribi adalah folio tertanggal dari Afrika Utara. Ia dianggarkan berasal dari abad ke 13 Masihi. Manuskrip ini ditulis pada helaian menggunakan khat Maghribi, sejenis khat yang popular di Afrika Utara – Barat.

10. Manuskrip Quran Seville

Manuskrip Quran Seville adalah manuskrip abad ke 13 Masihi, dan ia termasuk antara sebahagian kecil al Quran yang terselamat dari Sepanyol. Disiapkan di Seville pada 1226 Masihi (624 Hijrah), Manuskrip ini ditulis atas kertas kulit menggunakan khat Andalusia yang mampat. Sekarang, ia disimpan di Bavarian State Library di Munich, Germany
.
Sumber: muslimmemo

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close