isu semasaSyubhat

Rupa – rupanya Majoriti Kes Kahwin Bawah Umur adalah Bukan Islam!

Daripada 1845 perkahwinan bawah umur pada tahun 2017, majoriti pelaku (968 kes) adalah yang bukan beragama Islam.

Daripada 968 kes tersebut, majoriti adalah daripada kaum Cina, diikuti etnik sabah sarawak, orang asli dan kaum India.

Ini bermakna, jumlah terbesar perkahwinan bawah umur dilakukan oleh golongan minoriti di Malaysia.

Persoalannya, kenapa begitu bias dan skewed sekali naratif media? Mereka memanipulasi isu ini seolah – olah ia adalah masalah khusus umat Islam. Ia digambarkan seolah ia masalah mahkamah syariah, golongan lebai bernafsu, salah nabi kahwin dengan Aisyah.

Sedangkan fakta dan data sebenar membuktikan sebaliknya! Majoriti pelaku adalah bukan Islam! Tapi kita tak dengar langsung liputan dari media perdana, media alternatif, serta page ‘tokoh – tokoh pejuang hak kanak – kanak’ yang cepat saja melompat menularkan isu sebaik saja nama – nama Islam terpampang.

Di England, mereka memaparkan isu child grooming sebagai masalah orang Islam. Siap diberi nama Muslim Grooming Gang. Sedangkan 90%+ kes pedofil dan human trafficking dilakukan oleh mat saleh caucasian. Jahatnya mereka, apabila ditangkap geng child predator, mereka letak nama Islam di muka depan sedangkan sepuluh lagi orang kristian disenaraikan dalam satu perenggan kecil.

Ironi, apabila ketika minoriti muslim ditindas, ketika majoriti juga muslim ditindas!

 

Sumber: Kasthuri Patto (Ahli Parlimen DAP)

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close