perbandingan agamaSyubhat

Kitab Mana yang Suruh Kahwini Gadis 12 Tahun Ini?

Perhatikan petikan dari sebuah kitab suci ini. Cuba anda teka dari kitab mana?

Adakah ia al Quran memandangkan isu perkahwinan dengan gadis muda ini ditayangkan seolah – olah ia ‘masalah’ Islam semata – mata?
Jawapannya tak. Ia adalah kitab Manava Dharmasastra yang jelas mengatakan anak umur 12 tahun sudah dapat dikahwinkan. Malah umur serendah 8 tahun juga tiada masalah dikahwinkan menurut kitab tersebut.

Perkahwinan di bawah umur 10 tahun masih berlangsung dengan banyaknya di negara seperti India, di mana 12 juta kanak – kanak di negara itu berkahwin di bawah umur 10 tahun. Majoriti beragama Hindu.

Hakikatnya, rekod sejarah tentang perkahwinan yang dianggap bawah umur menurut norma moral sekarang didapati di hampir semua tamadun di seluruh dunia. Ia amalan normal yang dianggap tidak menyalahi hukum moral oleh semua tamadun dan kepercayaan, sekurang – kurangnya untuk ribuan tahun sebelum.
Joseph the Carpenter menikahi Mary (Ibu Jesus) pada ketika beliau berusia 90 tahun dan Mary berusia 12 tahun. Umur kebiasaan pernikahan Kristian Eropah adalah pada usia 12 – 14 tahun. Umur paling minimum pula adalah 7 tahun.
Rekod dari Athens mencatatkan perkahwinan seawal umur 5 tahun. St Augustine pula kahwini gadis berumur 12 tahun.
Macam mana pula dengan cerita cinta paling terkenal, Romeo dan Juliet karya Shakespeare? Juliet dikisahkan berumur 13 tahun, jelas bawah umur. Cerita ini masih diajar di sekolah – sekolah sehingga sekarang.
Pada abad ke 19 lah konsep age of consent (umur persetujuan) mula dinaikkan di Eropah, sesuai dengan perkembangan sosial emansipasi wanita dan penyeragaman sistem pendidikan. Itu pun belum lagi dinaikkan kepada 18 tahun, iaitu diterima sekitar umur10 – 13 tahun sebelum dinaikkan beransur – ansur.
Malah, pada zaman sekarang pun, banyak negara yang tidak mengamalkan umur persetujuan pada usia 18 tahun. Jepun 13 tahun, Filipina 12 tahun, Nigeria 11 tahun.
Kesimpulannya, tiada masalah kalau kerajaan hendak naikkan umur persetujuan kepada 18 tahun pun. Ia tidak bercanggah dengan syarak, jika berhujahkan perubahan pada faktor sosial seperti pendidikan.
Namun masalahnya adalah apabila perkahwinan ‘bawah umur’ ini dijadikan penilaian moral untuk mengatakan nenek moyang kita dari seluruh peradaban sebagai pedofil yang bernafsu jalang. Atau untuk dijadikan bahan troll agama orang yang tak sudah – sudah.
Begitu juga, apabila seruan menaikkan umur perkahwinan ini tak langsung seimbang dengan masalah utama negara. Perzinaan oleh golongan muda, pembuangan bayi dan LGBT.
Sebab yang pasti, tak ada agama atau kepercayaan dalam sejarah yang membenarkan perzinaan dan lgbt. Namun nampaknya sudah terbalik pula sekarang ini apabila nikah disukarkan, sedang perzinaan dan lgbt semakin diberi ruang.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close