Ateis

Menyanggah Scientism – Agama Penyembah Sains

Terjemahan dan sedikit olahan daripada petikan tulisan Ustaz Hamza Tzortzis

Antara pandangan yang popular berkaitan sains adalah menganggap sains sebagai satu – satunya cara untuk memperoleh kebenaran tentang dunia dan realiti. Pemikiran ini berkembang sehinggakan wahyu Tuhan juga harus ditentukan kebenarannya dengan menggunakan sains empirika.

Pandangan ini diberi nama scientism. Ringkasnya, scientism mengatakan bahawa sesuatu kenyataan itu salah jika ia tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu tidak boleh dibuktikan benar melalui metod saintifik, maka ia salah.

Ada beberapa masalah dengan scientism, antaranya:

  1. Scientism mematahkan dirinya sendiri. Scientism mengetengahkan klaim bahawa sesuatu kenyataan itu tidak benar melainkan ia dapat dibuktikan secara saintifik. Namun klaim itu sendiri tidak dapat dibuktikan secara saintifik! Ia seperti seorang yang mengatakan “Tak ada ayat dalam Bahasa Melayu yang lebih dari tiga perkataan”, atau “Saya tak boleh cakap walau sepatah Bahasa Melayu”
  2. Scientism tak boleh membuktikan matematik dan logik. 3 + 3 = 6 tidak tertakluk kepada metod empirikal untuk membuktikannnya benar.
  3. Scientism tak bisa membuktikan nilai moral dan estetika keindahan. Contohnya, kasih sayang, kecantikan, salah dan betul.
  4. Sains tak boleh membuktikan sumber ilmu yang lain. Contohnya kepercayaan benar yang diperoleh melalui ‘testimoni sahih’. Masalah besar scientism adalah kebenaran boleh ditegakkan di luar paradigma saintifik. Seperti yang disebutkan, testimoni sahih adalah sumber ilmu yang sah di mana ahli epistemologi telah berhujah panjang untuk menjelaskan bahawa kata – kata orang lain – tertakluk pada kriteria tertentu – boleh menjadi sandaran kebenaran.

Banyak kebenaran yang kita percayai adalah bersandarkan kepada testimoni sahih, kerana kita mempercayai kata – kata orang lain, dan tiada sebab untuk kita menolak kata – kata mereka. Ini lebih – lebih lagi apabila kita ada banyak orang memberitahu kita hal yang sama daripada rantaian yang berbeza (yang dikenali sebagai riwayat tawattur dalam tradisi Islam). Professor C.A.J Coady mengetengahkan beberapa kebenaran yang kita terima berlandaskan testimoni. Tulisnya:

“Ramai antara kita yang tak pernah melihat kelahiran bayi, begitu juga majoriti kita tak pernah mengkaji aliran darah..”

Penolong Profesor Benjamin McMyler dalam bukunya Testimony, Truth and Authority menjeaskan beberapa perkara yang beliau ketahui berlandaskan testimoni:

“Ini antara perkara yang saya tahu. Saya tahu copperhead adalah ular paling beracun dalam kawasan Houston. Saya tahu Napoleon tewas peperangan Waterloo. Saya tahu, pada waktu tulisan ini, harga purata gasolin di US adalah $4.10 per gelen. Saya tahu ibu bapa saya baru – baru ini pulang dari Kanada. Semua ini saya tahu berdasarkan apa yang ahli epistemologi panggil sebagai testimoni. Mereka tahu sebab mereka diberitahu orang atau kumpulan lain”

Walaupun ini adalah topik yang besar, terdapat kesepakatan umum bahawa testimoni sahih adalah sumber ilmu. Namun, terdapat ketidaksepakatan di antara ahli epistemologi pada bagaimana kita mengesahkan kebenaran ilmu melalui testimoni. Saintis juga malah memerlukan testimoni sebagai sumber ilmu untuk memahami sains itu sendiri. Ada banyak andaian dalam sains yang semata – mata berdasarkan kata – kata saintis lain.

Apa saja perbincangan tentang testimoni, isi yang penting adalah ia adalah ia adalah sumber ilmu yang sah. Maka pandangan bahawa sains satu – satunya cara untuk menentukan kebenaranan adalah salah.

Maka secara logiknya, memandangkan sains bukanlah satu – satunya cara untuk memperoleh kesimpulan tentang satu perkara, maka kita perlu mengiktiraf sumber ilmu yang lain. Maka, menganggap sains sebagai satu – satunya kayu ukur untuk menentukan kebenaran Quran adalah tidak betul.

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close