isu semasa

Wanita Muslimah Uyghur Dipaksa Kahwini Lelaki Cina

Wanita Muslimah Uyghur dipercayai dipaksa mengahwini lelaki Cina bukan Islam, dalam rangka program China untuk mengasimilasikan dan melemahkan etnik minoriti Muslim di Xinjiang.

Perkara ini meletus pada pengetahuan umum setelah tular video yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Uyghur kesedihan mengahwini seorang lelaki Cina.

“Setelah memenjarakan semua lelaki Uyghur dalam kem konsentrasi, China kini memaksa wanita Uyghur mengahwini lelaki Cina. Pembunuhan beramai – ramai sedang berlaku terang – terangan namun komuniti antarabangsa termasuk negara Muslim mengabaikan saja tangisan saudara Muslim Uyghur”, tulis pemuat naik asal video tersebut.

Tindakan ini merupakan salah satu daripada siri Islamofobia yang tidak berkesudahan oleh kerajaan China.

Mereka mengenakan pelbagai peraturan tidak masuk akal seperti mengharamkan penggunaan nama – nama Muslim sebagai langkah ‘menentang keganasan’, dan mengharamkan nama ‘Muhammad’ dan ‘Jihad’ pada bayi Muslim yang baru lahir.

Kerajaan China juga melarang Muslim Xinjiang daripada berpuasa, memaksa kedai makan dibuka, mengharamkan janggut yang ‘tidak normal‘, hijab, menghukum keluarga yang tidak mematuhi polisi perancang keluarga dan pelbagai lagi diskriminasi yang menjengkelkan.

 

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close