Liberal

Penipuan Paling Besar Sekular Liberal

Penipuan paling besar sekular liberal: Apa yang penting bukanlah *apa* yang dipilih, tapi hakikat bahawa anda punyai ‘pilihan’.

Inilah bagaimana sekular liberal mencuba untuk menghapuskan petunjuk Ilahi. Jika apa yang penting cumalah pilihan dan apa saja yang anda pilih tidak penting sama sekali, maka apa perlunya petunjuk? Apa perlunya cahaya yang memandu anda ke arah yang benar, yang membawa anda kepada pilihan – pilihan yang membawa kebahagiaan dan kejayaan?

Adakah wujud falfasah atau sistem etika lain yang sekosong sekular liberal? Sistem ciptaan manusia yang lain sekurang – kurangnya mencuba untuk membimbing manusia dengan nasihat – nasihat berguna dan prinsip – prinsip yang, secara teorinya, akan menghasilkan manfaat dan individu dan masyarakat.

Tetapi sekular liberal tak kisah akan semua itu. Apa yang diperlukan cumalah kebolehan memilih tanpa sebarang sekatan. Apa saja pilihan! Walaupun anda memilih pilihan yang paling teruk, merosakkan dan tak masuk akal. Asalkan anda ‘bebas’ berbuat pilihan tersebut, adalah tersangat lebih baik daripada tidak memiliki pilihan. Atau lebih teruk buat mereka, disuruh oleh Tuhan untuk memilih pilihan yang betul dan mencipta rasa bersalah atas pilihan yang songsang.

Tidak pernah lagi wujud pemikiran yang tidak koheren seperti ini. Tapi inilah pemikiran yang menguasai masyarakat moden.

Daniel Haqiqatjou

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close