Nasihat

5 Kesilapan yang Perlu Dielak Di Bulan Ramadhan

Berikut adalah beberapa kesilapan – kesilapan biasa yang perlu kita sedari dan elakkan agar puasa kita diterima insya – Allah.

1) Berpuasa dan Melakukan Solat Sunat, Tapi Meninggalkan Solat Fardhu

 

Ini kesalahan yang paling besar apabila puasa disempurnakan dan solat sunat seperti tarawih dikejar, sedangkan solat 5 waktu diabaikan.

Nabi bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ.

(Batas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan shalat. (HR. Muslim)

Beliau shallallahu ‘alahi wa sallam juga bersabda:

الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ.

Perjanjian antara kami (kaum muslimin) dan mereka (orang-orang kafir) adalah shalat, barangsiapa meninggalkannya, ia telah kafir. (HR. at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

2) Memasuki Ramadhan Dengan Hati Kotor

 

Memasuki bulan Ramadhan, bergelumang dengan maksiat dan keadaan hati yang penuh kotor, hasad dengki dan bermusuhan. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat besar kepada kualiti ibadah Ramadhan kerana status orang yang terlibat dengan kemungkaran adalah seolah-olah berperang dengan Allah سبحانه وتعالى dan RasulNya.

Dari Abu Darda’ Radliyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berperangai jahat dan berkata keji.” dan dari Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu pula, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

3) Meninggalkan Menuntut Ilmu Terutama Ilmu Syariat.

 

Terjadilah puasa dalam keadaan jahil kerana meninggalkan menuntut ilmu. Maka dilanggar segala tuntutan syariat lantaran kejahilan.

Allah ta’ala berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. (Qs. an-Nahl: 43)

Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa melakukan amalan yang tidak didasari perintah kami, amalan tersebut tertolak. (HR. Muslim)

Dan Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

طَلَبُ اْلعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.

Menuntut ilmu adalah kewajban bagi setiap muslim. (HR. al-Baihaqi)

4) Terlalu Banyak Tidur

 

Banyak tidur terutama di siang hari dengan alasan, ‘daripada melakukan maksiat lebih baik tidur saja’ atau konon ianya adalah satu ibadah. Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. Sedangkan Rasulullah ﷺ mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyak ibadah.

Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.

5) Menunaikan Semua Solat Sunat di Masjid dan Tiada di Rumah

 

Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang bersungguh-sungguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.

Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.

Nabi s.a.w bersabda :-

“Jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)” (Riwayat Muslim)

Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi

Sumber:

muslim.or.id

shafiqolbu

zakat selangor

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close