Islamofobia

Penceramah Dipenjarakan Kerana Menghina Sultan Tetapi Ekstrimis Hindu Yang Cerca Agong Masih Bebas.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin atas tuduh menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hantaran yang dimuat naik oleh Wan Ji sehingga didakwa antaranya adalah seperti berikut:

Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…

Nak kaya dlm keadaaan bod** adalah jadi sultan.

Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan di Universiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syai*** ni buat projek pembodohan.. Bila org bod**, dia akan berkuasa…Firaun moden.

Ucapan demikian dikenal pasti telah menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap institusi raja – raja, serta melampaui batasan yang berteraskan Kesetiaan Kepada Raja – raja dalam Rukun Negara.

Bagaimanapun, seorang lagi individu yang telah secara terbuka menghina Sultan, mencerca bangsa Melayu serta menimbulkan hasutan masih belum diambil tindakan.

Arunakiri Nathan sebelum ini telah memuat naik rakaman secara live di Facebook mengatakan Sultan, Agong dan orang Melayu Islam sebagai

  • Ditipu Zakir Naik
  • Tak boleh belajar
  • Tak miliki IQ tinggi
  • Hanya mahu terima duit, tak mahu ilmu
  • Pertikai Sultan tak bantu orang Cina, India dan Melayu

Rakaman ini telah berlegar pada pengetahuan umum selama berbulan – bulan.

Diharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan lunas undang – undang serta precedent yang telah ditunjukkan melalui pendakwaan Wan Ji.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close