LGBT

Harga yang Perlu Dibayar Apabila Muslim Bekerjasama dengan LGBT – Pengajaran dari US

Bismillah.

Mari kita bayangkan 2 senario konkrit. Pakatan antara Muslim dan kumpulan Zionis serta kumpulan LGBT.

Pembinaan pakatan perlulah dilakukan dengan visi yang jelas tentang apa kos yang perlu dibayar dalam jangka pendek dan jangka panjang. Perlu ada analisa untung rugi yang jujur yang perlu mengambil kira material dan spiritual.

Contohnya, berpakat dengan kumpulan Zionis boleh jadi membawa manfaat untuk Muslim Amerika secara politik. Tapi kerjasama tersebut akan menggambarkan seolah – olah Muslim mengiktiraf polisi Zionis yang mengancam nyawa Palestin. Ini adalah kos yang sangat besar.

Atau ambil contoh, sebahagian kumpulan LGBT akan menyokong Muslim tapi hanya dengan syarat Muslim tersebut akan menyokong perjuangan LGBT. Atau paling tidak, mereka menyeru supaya imam dan ketua agama tak lagi bersuara lantang mengkritik LGBT sebagai tidak bermoral.

Mereka tak benarkan anda berpakat bergerak bersama koalisi LGBT pada satu hari dan memberi khutbah tentang kaum Lut pada hari seterusnya.

Ini juga kos yang sangat besar.

Ini bukanlah perhitungan yang kita boleh terima kerana itu bermakna kita menapis keluar agama kita dan mengelak dari berbicara tentang isu penting yang mengesani anak muda Muslim kita.

Jika ada keraguan tentang komuniti Muslim yang terkeliru dengan persoalan seksualiti dan LGBT, lihat sajalah peratusan pemuda Muslim yang melibatkan diri perlakuan ini, kerana mereka menganggap tiada masalah melakukan seks antara mana jantina pun kerana ‘suka sama suka’. Lihat pertambahan pelajar kolej yang menyambut sambutan LGBT dan menyokong peningkatan sambutan – sambutan tersebut.

Ini adalah suatu yang kita perlu bimbangkan sebab apabila etika Islam dibuang ke luar tingkap, akan musnahlah iman masyarakat secara besar – besaran, dan betapa banyak dalil Quran dan Sunnah yang membuktikan ini.

Pokoknya, ini bukanlah harga yang murah untuk melaksanakan kerjasama dan pakatan seperti ini, dan apa yang diharapkan boleh dicapai daripada persepakatan ini tidak berbaloi.

Pangkalnya, persepakatan adalah harus secara prinsip walau dengan kumpulan yang tidak bersetuju dengan kita, sebagaimana diterangkan ulama silam dan masa kini. Nabi kita malah pernah melaksanakan pakatan dengan bukan Islam (Hudaibiyah, Hilf al Fudul dll).

Tapi jangan kita lupa, Nabi juga, pada masa yang sama, bersuara lantang menentang kekufuran, menyeru nahi mungkar. Dalam kata lain, bekerjasama dengan kafir tidak menjejaskan mesej berkaitan kekufuran. Sahabat tidak pernah terkeliru akan kekufuran.

Tapi dengan sesetengah pakatan hari ini, itu bukanlah kesnya. Masyarakat amat terkeliru dan terdapat keperluan yang sangat besar untuk penjelasan dan kesedaran. Tapi itulah masalahnya, sukar untuk kita berpakat bersama golongan LGBT dan kemudian memberi khutbah menentang mereka pada keesokan harinya.

Daniel Haqiqatjou

 

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close