isu semasaLiberal

Perancis Mahu Buang Ayat daripada Quran, ditentang Keras Umat Islam.

Manifesto yang dilancarkan oleh akhbar Perancis Le Parisien, yang ditandatangani oleh 300 ahli politik dan ahli akademik, membuat permintaan yang mengejutkan. Dengan mengatakan al Quran punca kepada kepada keganasan, mereka meminta ayat al Quran yang ‘anti Yahudi, Kristian dan orang kafir’ dibuang daripada Quran oleh ahli agama, supaya ‘Muslim tak lagi merujuk kepada ayat – ayat itu untuk berbuat jenayah’.

Menurut mereka, ayat tersebut mengancam nyawa komuniti Yahudi dan mereka yang terselamat daripada peristiwa Holocaust.

Bagaimanapun, permintaan tersebut ternyata membongkar kebencian tak berasas mereka dan sikap hipokrasi terhadap sejarah.

Prof Jonathan Brown memberikan komen berikut:

“Sikap hipokrasi Perancis tidak berkesudahan. Sebab memang Muslim Perancis pun, dan bukan Kristian mereka yang membantu Nazi membunuh besar – besaran Yahudi di Eropah. Ayat suci al Quran pula yang perlu diubah untuk menghalang ‘anti – Yahudi’ dalam komuniti Muslim, yang tak lain membawa kepada kurang daripada belasan kematian?

Mana – mana Muslim yang tandatangani manifesto ini perlu diperiksa kepala mereka. Sebenarnya, siapa – siapa saja yang tandatangani ini kena periksa kepala mereka”.

al – Azhar membantah sekerasnya seruan tersebut. Dalam khutbah mereka, mereka jelaskan Quran tidak menyeru kepada pembunuhan tetapi berjihad menentang mereka yang berbuat kerosakan dan jenayah, seperti membunuh orang, dan mengisytiharkan perang.

Islam tidak bertanggungjawab terhadap pihak yang salah faham ayat – ayat al Quran.

Sikap suka membuli negara bekas penjajah terhadap golongan minoriti negara mereka kali ini sudah melangkaui batas, apabila meminta ayat suci Allah diubah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close