info Islam

Islam Agama yang Memuliakan Wanita

Islam membebaskan wanita daripada kejahilan dan diskriminasi yang berleluasa pada zaman jahiliyyah sebelum Islam. Untuk kali pertama dalam sejarah dunia, Islam menguatkuasakan wanita dengan hak sosial yang progresif, hak kehakiman, politik dan ekonomi. William Montgomerry Watt sebagai contoh, mengatakan Nabi Muhammad sebagai “tokoh yang memperjuangkan hak wanita”.

Quran dan Sunnah mengetengahkan nilai ekuiti dan persamaan antara lelaki dan wanita, walaupun mengekalkan fungsi berbeza jantina dalam perkahwinan, keluarga dan masyarakat. Quran menekankan bahawa lelaki dan wanita diciptakan daripada spesis yang sama, dengan mengatakan “Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya – isterinya (Hawa)” (al – Zumar 39:6).

Dalam surah an Nisa, Allah mengatakan Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (al Nisa’ 4:1)

Menurut Islam, lelaki dan wanita melengkapi satu sama lain. Hidupan keluarga bukanlah berdasarkan hierarki atau pangkat formal berkaitan hak dan tanggungjawab, tapi berlandaskan sakinah (ketenangan, maruah), mawaddah (kebahagiaan), rahmah (kasih sayang) dan rufq (kelembutan). Dalam khutbah terakhir, Nabi Muhammad mengatakan:

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

Dari segi ekonomi, Islam memberikan hak kepada wanita untuk memiliki kebebasan pemilikan, satu hak yang dinafikan oleh banyak masyarakat lain hinggalah awal abad ke 20. Maka, hak wanita ke atas harta dan pemilikannya yang lain, sama ada dia berkahwin atau bujang, diiktiraf sepenuhnya oleh Islam. Walau setelah berkahwin, wanita mengekalkan hak mereka untuk membeli, menjual, memajak atau menyewakan sebagai mana mereka kehendaki, tanpa memerlukan izin suami.

Malah, tiada undang – undang dalam Islam yang melarang wanita mencari pekerjaan – walaupun peranannya sebagai ibu dan isteri dipelihara dan dianggap tinggi dan dihormati. Begitu juga, tiada pengehadan untuk mereka untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan.

Terdapat warisan yang panjang akan ulama wanita dan aktivis yang memperoleh posisi yang tinggi dan dikenali pada zaman Nabi Muhammad dan setelahnya, pada zaman kegemilangan empayar Islam. Contohnya, Nabi Muhammad melantik wanita bernama Samra’ binti Nuhaik al Asadiyyah sebagai pemegang posisi muhtasib (penjaga pasaran), di mana tugas beliau adalah meregulasikan aktiviti komersial dan menjaga kehendak awam. Bukan saja beliau menge

kalkan posisi ini pada zaman pemerintahan dua Khalifah pertama, tapi setelah itu Khalifah Umar al Khattab juga melantik wanita sebagai penggantinya pada posisi yang sama.

Disunting dan diterjemah daripada tulisan Dr Elmira Akhmetova

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close