Ateisinfo Islam

“Islam Satu – satunya Agama yang Gunakan Prosedur Saintifik untuk Beribadat” – Ilmuwan Yahudi.

David Berlinski, seorang Ilmuwan Yahudi, menulis dalam bukunya pujian terhadap empayar Islam atas sumbangan dalam bidang sains yang unik kerana bermotifkan agama. Bukunya, The Devil’s Delusion, adalah satu kritikan keras terhadap golongan ateis Amerika yang mengeksploitasi sains dan memonopoli hak milik terhadap bidang ilmu tersebut.

Berikut adalah petikan daripada buku tersebut:

– Pada abad pemerintahan empayar Arab, siri – siri pembinaan balai cerap yang mengagumkan bersinar bak permata di sekeliling tanah pemerintahan mereka. Balai – balai cerap ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang Muslim yang beriman.

Penciptaannya bukanlah lantaran rasa ingin tahu yang tidak bermakna. Lebih daripada Yahudi atau Kristian, Muslim diarahkan untuk menjadualkan ibadat mereka dengan sangat teliti. Seni tersebut dipanggil ilm al – miqat. Dan ia sememangnya satu seni yang indah.

Pada waktu Zaman Pertengahan, dunia Muslim, dengan kemewahan dan kompleksiti mereka, tidaklah memiliki jam yang lebih kompleks daripada dunia Kristian. Dan di Kristian Barat, waktu dijaga dengan begitu cuai sehingga tarikh waktu cuti Easter juga tidak dapat dipastikan.

Khalifah di Baghdad mengira masa dengan menggunakan jam air atau jam pasir, dan Quran mengarahkan solat lima waktu sehari semalam, dan ia juga mengarahkan mereka menghadap Kiblat ke Kaabah sewaktu bersolat – satu tugasan yang memerlukan kecerdasan minda yang besar. Kalendar Islam berpandukan bulan. Masyarakat Muslim yang bersiap menyambut Ramadan perlu melihat anak bulan. Sebelum penciptaan jadual astronomi yang kompleks, orang yang miliki pandangan mata yang tajam akan dihantar ke puncak bukit untuk melihat keadaan anak bulan. Mereka kemudian akan menjerit bersahutan – sahutan hinggalah sampai mesej mereka ke Baghdad.

Pada abad ke 13, kerja – kerja saintifik ini diserahkan kepada profesional, iaitu mereka yang dipanggil muwaqqit. Penjaga masjid, mereka dipertanggungjawabkan mengurus masa solat.

“Dalam Islam, tidak dalam agama lain,” ahli sejarah David King mengatakan “Pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur – prosedur saintifik”.

Maka sekarang timbul satu soalan: adakah Quran mengarahkan pengkajian dunia natural? Maka jawapannya: ya.

“Pada hari akhirat”, kata ulama Turki Said Nursi “tinta yang dihabiskan oleh ulama akan bersamaan darah para syuhada”.

“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti;

salah satu ayat Quran yang terkenal berbunyi.

“sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.” (24. 44)

Maka tidak hairanlah ahli matematik dan astronomi Islam, dari abad ketujuh ke abad ke lima belas, menganggap sifat ingin tahu saintifik mereka sebagai wadah untuk mereka meningkatkan sifat ketaqwaan mereka. ‘

Berlinski, D. (2008). The Devil’s Delusion. pp.13 – 14.

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close