LiberalSyubhat

Mengaku Muslim tapi Tolak Perkara Ghaib

Terdapat sebilangan orang yang mengaku diri mereka Muslim tapi menolak perkara – perkara ghaib yang diceritakan dalam wahyu, seperti realiti syurga, neraka, jin, sihir, mukjizat, dajjal dll. Mereka menggunakan beberapa metod untuk menolak aspek – aspek ini dari quran dan sunnah.

Mereka menakwil perkara – perkara ghaib demikian. Contohnya – “Jin dan makhlus halus ini sebenarnya kuman”, atau “Penyakit ‘ain ini sebenarnya psikologi negatif” dll.Mereka menolak bahawa hal – hal ini disebut dalam wahyu. Mereka melakukakan ini dengan mengatakan bahawa teks – teks demikian telah disalah tafsir untuk dimaknakan sebagai sesuatu yang salah, atau dengan mempersoal kesahihan teks tersebut. Contohnya, mereka menolak keseluruhan hadis dan mengatakan isnad semua direka – reka, sungguhpun ia telah melalui proses pensahihan yang ketat.

Ada banyak cara untuk menolak pandangan sebegini terhadap wahyu. Cara yang paling efektif adalah dengan memahami bahawa golongan sebegini telah mengguna pakai pemahaman materialisme naturalistik moden dalam memahami dan menilai wahyu.

Pertama sekali, kita tak boleh menggunakan sistem pemikiran lain selain Islam untuk membumikan pemahaman hakiki realiti kita.

Kedua, kita tak boleh menggunakan sistem pemikiran yang tak koheren dan salin bercanggah untuk membumikan pemahaman hakiki realiti kita.

Ketiga, kita tak boleh LANGSUNG menggunakan sistem pemikiran yang mencanggahi asas Islam untuk membumikan pemahaman hakiki realiti kita.

Ringkasnya, fahaman materialisme naturalistik jatuh dalam semua tiga kategori.

Perkara yang pelik tentang Muslim yang bergelumang dengan fahaman naturalisme ini adalah, bagaimana mereka fahami wahyu itu sendiri? Bagaimana wahyu itu boleh dijelaskan melalui perspektif natural? Jika mereka menerima sesuatu yang bermukjizat dan supernatural seperti nabi didatangi malaikat Jibril atau menerima wahyu langsung dari Tuhan, kenapa tak terima saja hal mukjizat yang lain? Kenapa perlu dibuat garis pemisah yang tak masuk akal ini?

Satu – satunya cara untuk mereka sesuaikan peristiwa ini dengan akal materalisme natural mereka adalah, dengan mengatakan wahyu itu sendiri adalah satu episod psikologi yang dimulakan oleh Tuhan dengan medium pertengahan yang lain, tapi tiada sebarang komunikasi dengan Jibril.

Malangnya tidak lagi mengejutkan jika pemikiran kufur sebegini dipegang oleh sebilangan ‘Muslim moden’.

Daniel Haqiqatjou

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close