info Islam

Setiap Orang Dilahirkan Muslim

Sering kali sebahagian orang kita akan mengatakan hanya orang Islam sahaja lahir sebagai muslim dan bukan Islam pula mereka lahir bukan muslim.

Mungkin kenyataan yang lebih tepat adalah “lahir dalam KELUARGA muslim dan lahir dalam KELUARGA bukan muslim.”

Jika dikatakan seseorang itu lahir sebagai bukan muslim, mengikut dalam perspektif Islam ia bercanggah dengan hadis nabi, apabila nabi menyebut dalam sebuah hadis

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ

“Setiap bayi yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.” (Shahih Muslim no: 2658)

Fitrah ini adalah bermaksud mereka adalah muslim. Sesuai dengan firman Allah di dalam al Quran yang bermaksud:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’ (Surah Ar Rum: 30)

Berdasarkan pada kedua teks ini jelas bahawa fitrah itu adalah sikap Islam itu sendiri dan semua bayi dilahirkan sebagai muslim, tidak kiralah ibubapa mereka itu beragama apa sekali pun. Akan tetapi apabila mereka membesar, persekitaran akan akan mengubah dan mempengaruhi untuk membelakangi fitrah itu.

Fitrah itu adalah kejadian asal yang Allah telah bentukkan di dalam diri manusia. Sebagai contoh, fitrah percaya kepada Tuhan ia adalah kepercayaan yang telah ditetapkan di dalam diri kanak-kanak. Menurut Prof. Deborah Kelemen merupakan pakar Psychological & Brain Sciences mengemukakan hasil kajian bahawa kanak-kanak yang bersih daripada sebarang pengaruh ideologi luar mereka akan percaya kepada kewujudan Tuhan yang Maha Mencipta.

Rujuk: http://www.dailymotion.com/video/xeiaif

Wujudnya golongan ateis yang menentang kewujudan Tuhan dan fitrah itu merupakan ideologi yang mempengaruhi emosi dan intelektual sehingga mereka membenamkan fitrah asal mereka untuk melestarikan emosi dan intelektual mereka menguasai kehendak dirinya.

Kesimpulan

Semua manusia lahir dalam keadaan fitrah. Iaitu dengan keadaan Islam. Sebab itu dalam Islam tidak ada sesuatupun ajaran yang bercanggah dengan fitrah manusia. Islam menggalakkan penganutnya berkahwin, Islam menyuruh menutup aurat, Islam melarang berbuat jahat dan sebagainya. Ia terlalu banyak untuk disenaraikan. Pendek kata ia adalah ajaran yang menuntun fitrah manusia.

Ahmad Iqram Mohd Noor

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close