info Islam

Apa Bukti Kewujudan Allah? Jawapan oleh 4 Imam.

 

Imam – imam besar Islam selalu ditanya tentang mengapa mereka mempercayai Tuhan, dan mereka akan menjawab dengan mengajak mentadabbur petanda kewujudan Allah pada alam.

Dilaporkan daripada Imam Abu Hanifah bahawa sebahagian ahlul kalam berkehendak untuk berbincang dengan beliau tentang bukti kewujudan Tuhan. Abu Hanifah berkata:

“Beritahu saya sebelum kita berborak, tentang sebuah kapal di sungai Tigris yang bergerak sendiri dan dipenuhi oleh makanan, barangan dan material. Kapal ini kemudian berpatah balik dengan sendirinya, kemudian melabuhkan dirinya, kemudian mengeluarkan barangannya sendiri tanpa orang yang menguruskan”

Mereka kata “Ini tak mungkin berlaku!”

Abu Hanifah membalas “Jika ini mustahil berlaku pada sebuah kapal, maka bagaimana mungkin ia berlaku pada keseluruhan dunia ini?” [Ibn Abī al-‘Izz, and Aḥmad al-Ṭaḥāwī. Sharḥ al-‘Aqīdah al-Ṭaḥāwīyah. (Bayrūt: Muʼassasat al-Risālah, 1997), 1:36.]

Imam Malik pernah ditanya oleh khalifah Harun Ar-Rasyid tentang bukti kewujudan Allah, dan beliau menjawab: Buktinya ialah, setiap manusia telah dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama kejadiannya, tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka adalah berbeza. [Ibn Kathīr. Tafsīr al-Qurān al-‘Aẓīm,]

Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata: Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan anak. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya? [Ibn Kathīr. Tafsīr al-Qurān al-‘Aẓīm,]

Imam Ahmad pernah ditanya tentang kewujudan Tuhan dan beliau membalas, “Bayangkan kubu yang kebal dari pencerobohan, tanpa sebarang pintu atau jalan keluar. Bahagian luarannya seperti perak dan bahagian dalamnya pula seperti emas tulen. Ia dibina seperti ini dan alangkah takjubnya! Dindingnya merekah dan keluarlah seekor haiwan yang mendengar dan melihat dengan bentuk yang cantik dan suara yang merdu. Imam Ahmad merujuk kepada keajaiban alam semulajadi iaitu fenomena anak ayam yang menetas dari telur ibunya.

Kehebatan argumen yang mengajak mentadabbur petunjuk Allah dalam alam tidak memerlukan sebarang latihan falfasah atau pengetahuan canggih. Ia adalah fitrah intuisi yang memungkinkan seseorang menerimanya dengan mudah.

Diterjemah dari Justin Parrot, Yaqeen Institute

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close