feminisme

Apabila Feminis Anggap Menyerang dan Menghina Nabi Muhammad Tak Bermasalah

Feminisme, dalam pelbagai kes, adalah masalah yang berbahaya dan mengancam iman. Ia menggambarkan dirinya sebagai penyelesaian kepada masalah yang hakikatnya boleh diselesaikan dengan pendidikan Islam yang asas dan implemetasi hukum Islam. Isu – isu utama yang sering dibangkitkan terhadap Muslimah dunia Islam semuanya boleh diselesaikan tanpa menggunapakai kad feminisme.

Apa yang ramai Muslim tak sedari adalah bagaimana feminisme mengancam iman. Kenapa? Atas pelbagai sebab.

Contohnya, kalau anda menerima sisi pandang patriarki, maka semua syak wasangka anda akan secara automatik dipanjangkan kepada para Nabi, yang semuanya lelaki. Kesemua pandangan negatif kepada para anbiya adalah kufur.

Kita melihat contoh kufur ini apa seorang ahli akademik feminis memanggil Nabi Ibrahim ‘bapa tak berguna’ kerana mematuhi arahan Allah dan meninggalkan Hajar dan anak lelakinya di padang pasir.

Baru – baru ini, seorang feminis yang mengatakan dirinya Muslim melancarkan serangan yang memalukan terhadap Nabi Muhammad. Artikelnya dan namanya tak disertakan (supaya tak mempopularkan dirinya), tapi petikan tulisannya disertakan di sini sebagai amaran kejijikan penyakit feminisme.

Dalam membaca petikan berikut, harap difahami bahawa orang ini cuma mengaplikasikan logik feminisme. Dia tak menggunakan sebarang perspektif feminis yang pelik. Dia tak mengaplikasikan pandangan ‘ombak keempat’ feminis yang ekstrem. Dia mengaplikasikan tiang pemikiran feminis yang paling asas, dan paling diterima, iaitu the Patriarchal Thesis.

Jika anda dapati rakan anda atau keluarga menggunapakai thesis ini, anda sewajarnya merasa sangat risau.

———————————————————

“Saya tak terasa saya mencintai Nabi, melainkan saya di Makkah atau Madinah, di mana saya boleh rasai dirinya pada gunung – gunung dan pasaraya. Saya tiada sebarang cinta pada dirinya [….]. Saya tak benci dirinya juga. Saya tak rasa apa pada dirinya kecuali sebagai rasa kehairanan, dan perasaan biasa saya pada figura lelaki autoritatif, yang saya lembutkan hanya beberapa darjah. Saya pasti kalau saya hidup pada zamannya, saya tak akan ada rasa apa – apa minat untuk bersama berdampingan dengannya. Kalau saya bertemu dengannya, saya akan berhadapan dengannya untuk membantah perlakuannya yang saya rasa bermasalah dan memberi kesan pada diri saya. […] Saya akan tanya sama ada dia miliki soalan untuk saya, sebab saya seorang yang menarik”

“Wanita miliki hubungan komplikated dengan Nabi, dan kami miliki hak terhadap komplikasi itu. Kami miliki hak untuk tak mencintainya, dan kami ada hak mencabar mereka yang mencintainya tanpa soalan hanya kerana dia “seorang Nabi”.

“Aminar Wadud diserang beberapa lama dahulu kerana mengelaskan Nabi Ibrahim, yang bermimpi menyembelih Nabi Ismail namun tidak menjadi, sebagai ayah tak berguna. Dia adalah wanita Muslim dan berhak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap nabi lelaki”

“Semoga wanita yang menyuarakan ketidakadilan nabi terhadapnya lebih mendekati syurga berbanding lelaki yang mencintainya dengan tidak menghiraukan kesengsaraan orang lain.”

“Wanita Muslim miliki hak untuk tak mencintai nabi. Anda ada hak untuk tak mendampinginya. Anda ada hak memilih lelaki lain selainnya”

Diterjemah dari:Daniel Haqiqatjou

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close