Ateisisu semasa

Tak Percaya Tuhan Tapi Percaya Alien

 

Stephen Hawkings meninggal dunia hari ini. Ahli fizik dan Profesor Cambridge yang dikenali dengan karya magnum opusnya, A Brief History of Time itu sememangnya sangat berjasa dalam dunia sains dan dianggap sebagai salah satu minda saintifik terhebat sejarah. Ini sama sekali tidak dinafikan.

Perginya seorang tokoh, sudah pasti akan ditinggalkan legasi dan kata – kata terkenal. Malangnya, legasi yang turut dipopularkan adalah ketidakpercayaan beliau terhadap Tuhan.

Iaitu kata – kata yang diselitkan sebagai memoir pemergian beliau. “Saya menganggap otak sebagai komputer yang akan berhenti apabila komponennya gagal. Tiada syurga atau alam akhirat untuk komputer yang rosak, ia hanyalah cerita dongeng untuk orang yang takutkan kegelapan”

Begitu juga pengakuan beliau sebagai ateis yang tak percayakan Tuhan, kerana menurutnya “Tuhan tidak lagi perlu. Segalanya sudah dijelaskan sains.”

Ini tidaklah menghairankan kerana sememangnya pandangan ateisme agak berleluasa dalam kalangan saintis materialis Barat. Namun yang menjadi persoalan adalah apabila pandangan sedemikian tidak terpakai kepada konsep Alien.

Alien yang tidak pernah dilihat dan dibuktikan, sebagaimana argumen biasa yang dilontarkan ateis terhadap Tuhan, diimani pula sekuatnya oleh Stephen Hawkings. Malah menolak teori alien akan dianggap sombong.

“Idea bahawa kita bersendirian dalam alam semesta pada saya sangat tak berkemungkinan dan sombong. Melihatkan bilangan planet dan bintang yang kita tahu wujud, adalah sangat tak berkemungkinan kita hanyalah hidupan yang wujud”

Agak menghairankan apabila argumen statistik dilontarkan untuk mengimani kewujudan alien, sedangkan lebih tidak berkemungkinan alam ini wujud hasil letupan rawak tidak terancang, yang kemungkinan melahirkan hidupan dan sistem yang tersangat kompleks, seperti mana tulisan Martin Rees dalam buku beliau, Just Six Numbers

Alien Sebagai Tuhan

 

Hipokrasi kepercayaan golongan yang menolak Tuhan terserlah apabila mereka menyahnamakan ‘Tuhan’, dan diganti dengan nama dan konsep lain, sedangkan isi dan tujuannya sama.

Mungkin kita pernah dengar istilah “Alam (mother nature) menjadikan kami seperti ini”, “Tuhan tak mengurus alam ini, tapi mother nature”. Siapa mother nature itu? Boleh ia dilihat? Anda cuma mengubah nama ‘Tuhan’ kepada nama lain, asalkan anda tidak beriman.

Dalam kalangan golongan ‘intelektual saintifik’, Tuhan mereka boleh dikatakan, adalah alien. Apabila mereka menolak Tuhan sebagai penghukum dan penilai dosa pahala manusia yang berbuat kerosakan di bumi, mereka gantikan pula watak itu dengan alien.

Dan dah pasti, video terkenal ‘temuramah bersama alien’ dimana alien tersebut mengatakan ‘mereka sudah berevolusi dari kepercayaan tahyul kewujudan Tuhan’, dan mengajak manusia ‘move on’ dari kepercayaan arkaik itu.

Ya, video ini palsu. Tapi ia ‘cool’ dalam kalangan ateis sebab yang bercakap itu alien. “Walaupun video ini palsu mesejnya betul”. Iya lah.

Kepercayaan terhadap alien yang melawat bumi dipegang walaupun tiada bukti kukuh untuk mempercayainya. Walaupun ‘argumen’ yang sama digunakan mereka untuk menolak Tuhan.

Semakin ramai orang Barat yang hilang keyakinan terhadap agama, namun semakin ramai yang mempercayai kedatangan alien, atau konspirasi bahawa kerajaan merahsiakan kedatangan mereka. Sesetengah bancian mendapati separuh daripada rakyat Amerika mempercayai lawatan alien ke bumi kita.

Di UK, 42% rakyatnya mempercayai UFO sedangkan hanya 25% mempercayai Tuhan. Kepercayaan magikal terhadap hantu dan mistik diganti pula dengan kepercayaan magikal terhadap UFO. Jika peninggalan agama menggambarkan penolakan terhadap kepercayaan magikal, bukankah semua bentuk kepercayaan magikal, termasuk UFO, sepatutnya berkurang?

Itu belum lagi teori -teori konspirasi yang menggarukan kepala. Sebahagiannya adalah percubaan menerangkan asal – usul hidupan, kononnya dari alien. Asalkan bukan Tuhan nampaknya.

Memaksakan Agama untuk Menerima Alien

 

Perkara yang mungkin lebih membingungkan, adalah apabila prospek penemuan alien dijadikan senjata untuk menyahbuktikan agama. Ateis menanyakan ‘agama mana akan terselamat dari dibuktikan salah kalau alien memang betul wujud?

Penjelasan daripada sarjana Muslim memang ada, contohnya daripada Yasir Qadhi:

Namun sangat membingungkan apabila kepercayaan terhadap hidupan ekstraterrestial intergalactic atau interplanetary ini dianggap sebagai satu kepercayaan moden yang menunjukkan kemajuan minda.

Hei, sebelum kamu percaya pada hidupan di planet lain, kami orang agama sudah pun percayai hidupan di dimensi lain. Interdimentional beings. Syurga neraka, alam jin dari dimensi lain, alam Barzakh, tujuh petala langit dan bumi.

Jika mempercayai hidupan planet lain adalah tanda kemajuan minda, maka sepatutnya mempercayai alam ghaib adalah lebih maju lagi.

Atau ia kolot sebab ia kepercayaan agama?

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close