Ateis

Apabila Ateis Terkemuka Dunia Menyokong Kanibal

Ateisme menolak pandangan bahawa hidup manusia memiliki nilai dan tujuan, maka tidak hairanlah pemuka Ateis Richard Dawkins mahu kita mengatasi tabu memakan daging manusia (kanibal)

Dalam tweet terbaru beliau, ahli ateis evolusionari yang merupakan penulis buku anti – agama seperti the God Delusion itu, mencadangkan memakan daging ‘manusia’. Dawkins memberi respon kepada laporan yang mengklaim bahawa saintis tak lama akan mampu membiakkan ‘daging bersih’ dalam makmal daripada sel stem binatang.

Beliau mencadangkan untuk dimakan ‘daging manusia’ yang dihasilkan dari cara yang sama:

Terjemahan tweet tersebut adalah seperti berikut:

“Kultur tisu ‘daging bersih’ dah pun tiba pada 2018? Saya dah tunggu lama untuk ini”

“Bagaimana jika daging manusia boleh dibiakkan? Adakah kita boleh buang tabu kita terhadap kanibal? Kes yang menarik untuk moraliti konsekuensialis vs ‘reaksi yuck’ absolutisme”

Kajian untuk membiakkan daging manusia sebagai makanan bukanlah baru dalam era penguasaan ateisme terhadap nilai moral Barat. Syarikat bernama Bitelab mengusahakan untuk membiak ‘daging selebriti’ dalam bentuk salami, supaya orang boleh ‘mengalami’ selebriti pujaan mereka dengan cara yang lebih ekstrim.

Walaupun begitu, bukanlah pemikiran ateisme yang mendorong pandangan luar tabii Dawkins, tapi liberalisme, menurut Daniel Haqiqatjou.

Soalnya bagaimana makan daging orang yang mati boleh membahayakan siapa – siapa? Soalan ini lah yang timbul apabila anda beriman dengan fahaman liberal utilitarian / konsekuensialis. Mereka cuma mengaplikasikan Harm Principle. Seseorang boleh buat apa saja dia mahu asalkan tidak membahayakan orang lain.

Mudahnya, orang mati tak boleh dibahayakan. Tapi memakan daging manusia pula boleh meningkatkan utiliti orang hidup. Apatah lagi kalau orang mati tu penjenayah jahat. Maka, logiknya menurut liberalisme, memakan daging mereka menghasilkan keputusan positif, maka ia bermoral.

Etika Islam pula tak bersifat utilitarian, walaupun kadang – kadang nilai konsekuensialis (masalih) boleh ditemui dalam fiqh. Dan dalam kes di mana masalih digunakan, kegembiraan seseorang di dunia dan akhirat di ambil kira, dan bukan hanya kebaikan di dunia.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close