Syubhat

Apabila Golongan Wehdatul Wujud Bercakap Tentang Perbandingan Agama

Kenyataan 1: Dikatakan bahawa Hindu, Buddha, Taoisme, Confucianisme dan Zoroasterianisme adalah ajaran agama langit yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Memang betul ada bukti seakan ada konsep ketuhanan Maha Esa di dalam agama-agama yang disebut tetapi tidak agama Buddha. Di dalam agama Buddha tidak ada konsep ketuhanan yang jelas. Kedua, ingin mengatakan kesemua agama-agama ini adalah agama samawi (langit), apakah bukti yang mengatakan ia jelas diturunkan oleh Allah di dalam al Quran? Adakah ‘langit’ pernah berbicara tentang Hindu, Buddha, Taoisme dan lain-lain? Jika dikatakan ‘Langit’ menurunkan agama-agama tersebut, mengapa di dalam al Quran Allah hanya meredhai satu agama sahaja dan tidak kepada agama- agama ‘langit’ diturunkan yang lain? Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama yang diridhai di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali ‘Imran: 19)
Sebab itu ada beza diantara dengan menyebut Allah pernah menurunkan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi terdahulu yang belum diseleweng dengan menyebut nama-nama agama yang telah jauh terpesong lalu disandarkan kepada Allah yang menurunkan.
Kenyataan 2: Brahman, Buddha, Tao dan Ahura Mazda adalah nama-nama bagi Allah.
Wallahua’lam jika nama-nama lain selain Buddha itu ingin dimaksudkan kepada Allah, itu ada rangka logik yang boleh dibahaskan dan diterima andaian itu. Akan tetapi untuk mengatakan Buddha itu adalah nama bagi Allah adalah jelas suatu ungkapan kejahilan. Buddha itu adalah gelaran kepada manusia yang menerima pencerahan (konteks agama Buddha). Ia adalah manusia dan bukan Tuhan. Mengapa perlu dibakulkan istilah Buddha itu setara dengan kedudukan Tuhan? Jika penulis buku ini betul-betul meneliti perbincangan mengenai konsep ketuhanan di agama Buddha, nescaya isu ketuhanan adalah isu yang sedikit dibincangkan kerana tidak ada ayat yang jelas mengatakan Tuhan itu wujud di dalam teks kitab Tripitaka. Apatah lagi ingin mengaitkan nama seorang pengasas agama itu dengan nama Allah SWT? Ia adalah padanan yang silap.
Bila melihat kenyataan seterusnya penulis mengatakan, ilmu tasauf Islam adalah inti ajaran nabi dan rasul yang disebarkan zaman berzaman oleh semua agama, itu sudah cukup mendiamkan saya untuk mengulas. Di sambung dengan kenyataan “umat Islam lemah disebabkan tidak mengamalkan ilmu tasauf Wehdatul Wujud…
Perkara Yang Harus Disedari
Sebelum ini saya hanya menyenaraikan 2 kelompok yang gemar mengatakan “Semua agama adalah sama” iaitu golongan apatisme yang malas berfikir tentang agama dan golongan Pluralis Liberalisme. Akan tetapi di sana masih terdapat satu lagi kelompok yang juga menganggap semua agama adalah sama. Mereka adalah kelompok sufi yang melampau dengan mengangkat konsep Wehdatul Wujud dan juga memperkenalkan konsep Wehdatul Adyan (kesatuan agama) seperti yang dipopularkan oleh Hussein Mansur al Hallaj.
Fahaman ini masih menjadi kegemaran segelintir masyarkat kita dengan imej tasauf khususnya membawa kepada fahaman Wehdatul Wujud, sehinggalah jika mereka berbicara tentang perbandingan agama maka macam inilah bentuk pembawaan mereka tidak tumpah seperti fahaman yang menyamaratakan kedudukan agama itu sendiri. Hal yang sama juga dapat dilihat dibawa oleh Jalaluddin ar Rumi.
Oleh itu fahaman Wehdatul Adyan juga termasuk dalam fahaman yang mempromosi kesamarataan hakikat kebertuhanan. Dengan konsep berkongsi nama yang berbeza tetapi mencapai tujuan yang sama.
Nescaya buku sebegini tidak akan mendapat kecaman dari pihak agama lain, malah menjadi modal kepada seorang penulis Hindu mengulas bukunya dengan membawa tajuk “Hindu abang sulong kepada Islam”…

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close