Islamofobia

Sami Buddha Tertinggi Sri Lanka Gesa Muslim Direjam Mati, Desak Boikot Perniagaan Muslim

Salah seorang sami berautoriti tertinggi Sri Lanka – Warakagoda Sri Gnanaratana Maha Thera telah menyampaikan mesej anti Islam terhadap Muslim negara tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Asian Tribune, tamilguardian, dan colombotelegraph.

Dalam ucapan penuh kebencian itu, Warakagoda menuduh Muslim sebagai pemusnah komuniti majoriti Buddha Suku Sinhala, kerana mengatakan Muslim ‘secara sistematiknya cuba mengurangkan populasi Buddhist Sinhala dengan memandulkan mereka’.

“Jangan makan di kedai – kedai Muslim” kata sami itu. “Jelas orang – orang ini mahu meracuni kita”

“Mereka yang makan di kedai – kedai Muslim tidak akan punyai anak pada masa depan. 10 – 15 tahun lagi kesannya akan tampak jelas”

Beliau juga telah mencampak minyak ke atas api apabila mengatakan seorang doktor Muslim di Matale telah ‘menghapuskan ratusan ribu anak – anak suku Sinhala’.

Dakwaan tersebut adalah berpunca daripada khabar angin sterilisasi Dr Shafi yang telah dituduh secara salah melakukan kegiatan memandulkan wanita Sinhala.

“Pengkhianat seperti itu tidak boleh dibiarkan bebas. Beberapa ‘upasaka amma’ (pengikut wanita) mengatakan dia perlu direjam sampai mati. Saya tidak mengatakan demikian, tetapi itulah yang perlu dilakukan”.

Islamofobia yang semakin Membara di Sri Lanka

Setelah tragedi keganasan di Sri Lanka yang meragut 350 nyawa penganut Kristian pada sambutan hari Easter, komuniti Muslim Sri Lanka telah mengecam sekerasnya tindakan pengganas tersebut yang tidak mewakili kepercayaan Islam.

Growing anti-Islam hatred and terror in Sri Lanka
Bantahan komuniti Muslim terhadap keganasan

Namun, mereka kini dalam tekanan apabila mereka yang merupakan golongan minoriti di Sri Lanka dipersalahkan dan disasari oleh sentimen anti Islam.

Pegawai – pegawai kerajaan Muslim di Sri Lanka telah dipaksa meletak jawatan susulan peristiwa pengeboman gereja tersebut. Sebahagian daripada mereka dituduh bersubahat dengan plot keganasan tanpa asas, hanya kerana mereka Muslim.

Ratusan Muslim telah ditahan dibawah akta Anti Keganasan, yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan orang awam tanpa waran dan bukti.

Rusuhan anti Muslim semakin meningkat dan telah meragut nyawa komuniti Muslim, membakar Quran, menyerang masjid, dan membaling batu kepada kedai – kedai milikan Muslim.

Heavily-armed Sri Lankan soldiers ride a motorcycle in front of the Jumha Mosque after a mob attack in Minuwangida on May 14, 2019. (AFP Photo)
Askar Sri Lanka di depan Masjid Jumha yang diserang oleh perusuh.

Sebahagian penganut Buddha berasa kesal terhadap sentimen kebencian yang dipamerkan oleh sami tertinggi dan perusuh anti Islam, dengan mengatakan kebencian sebegini bukanlah ajaran Buddha.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close