perbandingan agama

Kontroversi Zakir Naik: Apabila Pemahaman di luar Konteks

“Adakah Zakir Naik mengatakan sesuatu yang dahsyat atau ini hanyalah isu untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada sesuatu yang lebih buruk? Kerana isu Zakir Naik, rakyat Malaysia sudah lupa tentang masalah utama yang dihadapi Malaysia”

Wong Jae Senn menulis karya menarik bertajuk ‘Apa pendapat saya tentang Zakir Naik’. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang meluahkan pendapat tentang Dr Zakir Naik termasuk IGP, supaya membaca karya ini tanpa perlu mendengar seluruh syarahan beliau di Kota Bharu.

Ya, sekarang anda dapat menjangkakan sokongan saya terhadap Zakir Naik. Dan saya menyokong beliau atas banyak sebab.

Pertama, sokongan saya adalah kerana saya mengenali beliau dan isteri secara peribadi, termasuk membawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dalam 20 tahun lepas. Secara peribadi, beliau bukanlah seorang pengganas atau rasis.

Kedua, untuk mengenali Zakir Naik, anda perlu mengenali Sheikh Ahmad Deedat. Zakir Naik adalah anak murid Ahmed Deedat, maka tentulah caranya serupa.

Sheikh Ahmad Deedat (dilahirkan Julai 1918 – wafat Ogos 2005)

Ahmad Deedat (dilahirkan Julai 1918 – wafat Ogos 2005) adalah seorang penceramah di Afrika Selatan dan pendakwah pada zaman Aparteid di mana orang kulit hitam dan orang islam menghadapi penganiayaan. Dari situ, dapat dilihat bahawa kaedah yang digunakan Ahmad Deedat bersifat menyerang. Jelas sekali, Zakir Naik mengadaptasi kaedah perbahasan yang sama dengan gurunya (kaedah yang kasar, menyerang).

Namun jika anda pisahkan peribadi beliau daripada imej pentasnya, Zakir Naik sebenarnya seorang yang sangat lembut dalam berbicara dan bersifat rendah hati (melainkan jika beliau sudah berubah sejak kali terakhir saya berjumpa beliau 20 tahun lalu). Ini adalah serupa dengan mana-mana penceramah dan pendakwah yang lain. Beliau merupakan dua orang yang berbeza ketika di pentas berbanding dalam keadaan biasa, dan inilah situasi di mana Zakir Naik yang sebenar terserlah.

Ketiga, katakanlah apapun, namun apa yang dituturkan oleh Zakir Naik, samaada tersilap langkah atau tidak, tetap tidak memusnahkan imej beliau. Jadi, mengapa beliau menjadi sasaran pembunuh? Jawapannya ringkas sahaja. DAP perlu mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada banyak perkara penting yang lain, jadi Zakir Naik digunakan sebagai senjata yang boleh mengakibatkan kemusnahan besar.

Jika hendak di senaraikan apa yang diperkatakan orang ramai di mana ianya lebih memburukkan keadaan daripada apa yang diperkatakan oleh Zakir Naik, tulisan ini akan menjadi sepanjang 20 mukasurat. Contohnya, Mat Sabu mengatakan bahawa pengganas komunis adalah wira dan pejuang kemerdekaan. Kemudian, Mahathir bercakap tentang janggut Nabi Muhammad SAW, melabel pengamal akademi Cina sebagai komunis, orang yahudi berhidung bengkok dan memerintah dunia melalui proksi atau wakil, dan sebagainya. Sekiranya di Barat, Dr Mahathir mungkin sudah di tahan atau dipenjarakan disebabkan beratus-ratus komen beliau.

Sehingga sekarang, banyak komen jenayah dituturkan, tetapi tidak diambil peduli. Baca sahajalah semua komen di Malaysiakini oleh orang bukan Melayu terhadap Melayu dan Islam, dan dalam sehari, anda boleh failkan 500 kes jenayah terhadap pengurusan MalaysiaKini. Mengapa tiada siapa yang peduli dan mengapa tiada tindakan diambil walaupun apa yang ditulis MalaysiaKini adalah sepuluh kali lebih teruk daripada perkataan Zakir Naik?

Mereka memanipulasi perkataan Zakir Naik untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang dihadapi oleh negara dan kegagalan Pakatan Harapan dalam menangani masalah.

Ya, anda perlu mendalami perkara ini seketika. Adakah Zakir Naik mengatakan sesuatu yang dahsyat atau ini hanyalah isu untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada sesuatu yang lebih buruk? Kerana isu Zakir Naik, rakyat Malaysia sudah lupa tentang masalah utama yang dihadapi Malaysia dan tidak dapat ditangani dengan baik oleh Pakatan Harapan. Tak perlulah saya menyenaraikan semua masalah yang dihadapi negara, yang mana anda sudah sedia maklum.

Yang terakhir dan paling penting sekali, adalah apa yang ditulis oleh Wong Jae Senn dalam tulisannya bertajuk ‘Apa pendapat saya tentang Zakir Naik’. Adakah Zakir Naik benar-benar mengatakan apa yang ditulis, atau adakah perkataan beliau di ambil diluar konteks? Wong Jae Senn sudahpun menjawab soalan ini jadi bacalah tulisan ini jika anda berminat untuk tahu kebenaran.

Tujuan saya mengatakan ‘yang terakhir dan paling penting sekali’, ialah kerana saya juga sudah acapkali mengalami nasib yang sama.

Sebagai contoh, Akuan Berkanun saya pada bulan Jun 2008 berkenaan Rosmah Mansordan Altantuya Shaariibuu. Saya telah di tuduh mengatakan sesuatu yang tidak saya maksudkan.

Seseorang pernah menerangkan kata-kata saya kepada seorang peguam dan menyuruh peguam tersebut membaca Akuan Berkanun saya, tetapi peguam tersebut berkata beliau tidak berminat membaca apa-apa yang ditulis oleh Raja Petra.

Boleh anda bayangkan? Dia adalah seorang peguam, tetapi beliau menolak untuk membaca tulisan saya, walhal dia memberi komen dan membuat keputusan atas tuduhan terhadap tulisan saya. Peguam yang bagaimanakah dia?

Ada juga cerita dimana saya menandatangani Akuan Berkanun kedua yang bercanggah selepas Akuan Berkanun pada Jun 2008 ditandatangani. Akuan Berkanun kedua yang mana? Hanya ada satu Akuan Berkanun pada Jun 2008. Tiada Akuan Berkanun kedua. Jadi apakah percanggahan Akuan Berkanun kedua yang sibuk diperkatakan?

Pakatan Harapan telah gagal dan pendapat umum sekarang menghala ke arah mereka, jadi mereka perlu mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada Zakir Naik.

Sewaktu saya ditahan di Cawangan Khas pada 2001, saya dituduh menghina Islam dan mencetuskan rusuhan. Kemudian mereka merujuk kepada tulisan saya yang mana saya menghina Islam dan mencetuskan rusuhan.

Saya minta mereka menunjukkan tulisan saya dan saya mengambil berjam-jam menganalisa tulisan saya kata demi kata, baris demi baris, dan ayat demi ayat.

Secara jelas, mereka salah anggap komen saya ‘lawan api dengan api’ sebagai pencetus rusuhan untuk membakar seluruh negara. Mereka tidak tahu apa itu ungkapan. Malah, Harakah pernah menterjemah tulisan saya ‘when pigs can fly’ sebagai ‘bila babi boleh terbang’, walaupun sepatutnya diterjemah sebagai ‘bila kucing bertanduk’.

Tuduhan bahawa saya menghina Islam adalah pada tulisan saya ‘Muslims are the real enemies of Islam and not the Jews and Chirstians’. Saya terpaksa menerangkan pegawai Cawangan Khas apa yang saya maksudkan ialah Islam menghadapi imej buruk atau tanggapan negative disebabkan orang Islam sendiri yang membawa nama buruk kepada Islam. Maksud saya, orang Islam tidak mahu makan babi, dan daging lembu atau ayam yang tidak halal, tetapi mereka tiada masalah menerima rasuah atau membayar faedah riba, yang sama haram dengan babi.

Selepas mengambil masa separuh hari menerangkan maksud tulisan saya dan bagaimana ianya telah diambil diluar konteks, pegawai Cawangan Khas berkata bahawa Melayu tidak begitu memahami Bahasa inggeris, jadi sebab itulah terdapat laporan polis terhadap saya. Jadi mungkin saya perlu menulis dalam Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Inggeris untuk mengelakkan salah faham pada masa akan datang.

Ya, mungkin Zakir Naik sepatutnya bersyarah dalam Bahasa Tamil dan Mandarin untuk mengelakkan salah faham di masa hadapan. Jelas sekali, Cawangan khas berpendapat, penulisan atau syarahan dalam Bahasa Inggeris menyebabkan salah faham, malah orang Cina dan India kadangkala lebih teruk Bahasa Inggerisnya berbanding orang Melayu.

Dialih bahasa daripada tulisan Raja Petra Kamarudin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close