Membongkar LTTE: Siri 4 | Pendokong Ideologi LTTE di Malaysia, Di atas Slogan Politik & Kaum

Malaysia adalah negara sasaran bagi pergerakan militan LTTE memandangkan Malaysia juga memiliki populasi kaum Tamil yang tinggi jumlahnya. Dan boleh menjadi kemungkinan Malaysia menjadi penyumbang dana yang besar kepada perjuangan LTTE di Sri Lanka. Menurut laporan Utusan Malaysia bertajuk “18 pengganas LTTE ditahan sejak 2009” ini cukup membuktikan bahawa mereka memiliki jaringan di Malaysia. Ada ahli dikalangan mereka ditangkap di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor dengan Petaling Jaya dan Klang menjadi lokasi yang agak terkenal.

Malah turut pernah ditahan di negara ini adalah ketua kumpulan pemberontak LTTE, iaitu Selvarasa Pathmanathan (pengganti V.Prabahakaran) pada 5 Ogos 2009 sebelum dihantar pulang ke negaranya oleh pihak berkuasa.[1]
Menurut laporan Astro Awani, ada menyebut:
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang
ditahan dibawah Akta Imigresen itu, disyaki berusaha untuk mengaktifkan kembali
aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. “Mereka menjadikan
negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda dan
berusaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan itu,” katanya di dalam
satu kenyataan.”[2]
Siapakah Dalang Disebalik Menyebarkan Ideologi Ini?
Pendedahan sebelum ini telah memaparkan hubungkait antara P.Ramasamy dengan LTTE. Beliau merupakan majlis penasihat Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE) yang mana ia merupakan pertubuhan serpihan dari LTTE.
Kedudukan P.Ramasamy ini disokong oleh pertubuhan dan NGO Tamil di Malaysia yang berteraskan ideologi LTTE. Seperkara yang perlu disedari adalah, penyokong idea LTTE di Malaysia tidak menggunakan nama LTTE sebagai platfom perjuangan mereka. Mereka menggunakan semangat nasionalis Tamil dari serpihan LTTE iaitu Naam Tamilar Katchi.


Naam Tamilar Katchi merupakan parti nasionalis Tamil di Tamil Nadu. Sekarang parti ini dipimpin oleh Seeman dari India yang merupakan pendokong kuat LTTE. Situasi di Malaysia, ramai orang Tamil mengeksport nama parti ini sebagai aspirasi perjuangan mereka. Malah simbol Naam Tamilar itu sendiri adalah salinan dari simbol LTTE. Di Malaysia NGO mereka adalah:
- Persatuan Senthamizhan Peravai Malaysia (SEPAM)
NGO ini dikepalai oleh Dato Rukentiran Rajarathanam Padaiyatchi. Terdapat banyak posting dan ucapannya jelas mengangkat LTTE dan V.Prabhakaran.








2 ) Pertubuhan Naam Tamilar Malaysia
Pertubuhan ini diketuai oleh M.A Kalaimugilan. Beliau antara pendokong dan pemuja V.Prabhakaran, dapat dilihat pada posting dan juga haluan pertubuhan yang dibawa oleh beliau.












Media Sosial Pendokong LTTE & V.Prabhakaran di Malaysia:
- Seeman Thambigal Malaysia

- Tamizhar Media

- Malaysian Naam Tamilar Organization – Naam Tamilar Malaysia – NGO

- Kami Ahli Naam Tamilar Malaysia

- Tamizhar Media TV

Kesemua laman media ini adalah dari kedua-dua pertubuhan pro LTTE di Malaysia. Mereka banyak terlibat dan mengulas dalam isu politik dan kaum di Malaysia. Mereka juga secara terang mengeluarkan kenyataan secara jelas menyokong LTTE dan mengangkat ketokohan V.Prabhakaran di Malaysia. Malah banyak melakukan program menyebarkan ideologi LTTE di Malaysia.
Ideologi ini masih lagi diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu kita mendesak pihak polis dan pihak berwajib menyiasat mereka semua yang terlibat dan jika mereka terlibat mendokong dan menyebar ideologi LTTE maka ia perlulah diambil tindakan kerana ideologi LTTE adalah sebuah gerakkan pengganas yang boleh menganggu keharmonian negara.
Nota Kaki:_______________________
[1] https://www.utusan.com.my/berita/nasional/18-pengganas-ltte-ditahan-sejak-2009-1.715616