LGBT

Persidangan LGBT Antarabangsa Bakal Diadakan di Malaysia?

Sebuah persidangan ‘Gender & Seksualiti Antarabangsa’ bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober tahun ini, menurut portal genderconference.com.

Pengerusi WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar membangkitkan perancangan mengenai persidangan ini supaya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Persidangan tersebut tidak mempunyai rakan kolaborasi dari Malaysia dan tidak menampilkan sebarang pembentang dari Malaysia.

Sebaliknya mereka menampilkan pembentang dari kalangan aktivis transgender

1. Bhoomi Harendran
Transgender activist
Sri Lanka

2. Jessica Lynn
Transgender advocate and activist
USA

Dr Rafidah Hanim menegaskan bahawa amalan mempromosi LGBT tidak diterima di Malaysia.

“Aktiviti ini jelas mempromosi LGBT di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta agama2 lain di Malaysia, dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Ia juga bertentangan dengan kenyataan PM Tun Dr Mahathir yang menegaskan Malaysia tidak menerima LGBT “

Pada tahun lepas, Perdana Menteri Tun Mahathir secara jelas menegaskan bahawa amalan LGBT tidak diterima di Malaysia.

“Kita kena ingatkan Suhakam, sistem nilai kita tak sama dengan sistem nilai barat. Mereka lebih bebas.

“Tetapi di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tak boleh terima, walaupun sekarang boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.

“Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Dan konsep kekeluargaan kita tetap sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, serta anak-anak, termasuk anak angkat,” – Tun Mahathir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close