perbandingan agama

Sri Sri Ravishankar Minta Maaf, Tarik Balik Kenyataan Terhadap Kaabah, setelah Ditegur Zakir Naik

Sri – sri Ravishankar, seorang tokoh besar Hindu yang turut digelar ‘guruji’ menarik balik kenyataan beliau berkenaan Kaabah setelah ditegur oleh Dr Zakir Naik.

Dalam buku beliau ‘Hinduism and Islam – the common thread’, beliau menulis bahawa Islam mempercayai bahawa Tuhan tidak berbentuk, tetapi pada masa yang sama menyembah pada arah Kaabah. Maka ujar Sri – sri Ravi Shankar, Muslim menyembah sesuatu yang tidak berbentuk menerusi sesuatu yang berbentuk.

Balas Zakir Naik:

“Untuk mengatakan Muslim menyembah Allah menerusi Kaabah, adalah sememangnya salah. Ia tidak dinyatakan dalam mana – mana dalil Islam sama ada dalam Quran ataupun Hadis Sahih. Tiada siapa dalam kalangan Muslim yang menyembah Kaabah dan tiada siapa yang menyembah Allah menerusi Kaabah, ia dilarang sama sekali.”

“Allah mengatakan dalam al Quran, surah al Baqarah ayat 144 bahawa di mana saja kamu berada, hadaplah wajahmu ke arah Kaabah. Kaabah adalah Qiblat kami, ia adalah arah rujukan kami, dan kami percaya pada kesatuan. Jika kami mahu tunaikan Solat, ke mana kami menghadap, ke utara, selatan, barat atau timur? Jadi untuk mencapai perpaduan, kami bersolat menghadap ke arah yang satu iaitu ke Kaabah”

“Tambahan pula, Sri Sri Ravi Shankar menulis dalam muka surat ke 26 bahawa ketika Nabi Muhammad kembali ke Mekah, baginda memusnahkan semua berhala dalam Kaabah kecuali objek penyembahan utama iaitu Hajarul Aswad. Untuk mengatakan bahawa Hajarul Aswad merupakan objek utama penyembahan adalah satu kesalahan. Anda tak akan temui mana – mana sumber rujukan sahih dalam mana – mana sumber Islam, mahupun sumber sejarah bahawa Hajarul Aswad ini pernah disembah oleh Musyrikin Mekah”

“Sri Ravi Shankar juga menyatakan bahawa perkataan Kaaba diambil daripada perkataan Sanskrit Garbha dan Graha, saya tak temui dari mana – mana bahawa Kaabah diambil daripada perkataan – perkatan itu. Kaabah adalah perkataan Arab Kaab yang bermaksud membonjol. Kaaba juga merujuk kepada 4 bucu rumah, seperti kabatullah, sebuah rumah membonjol dengan 4 bucu”

“Malah, untuk mengatakan Hajarul ASwad diambil daripada Shiva linga juga saya tidak bersetuju. Hajarul Aswad berasal daripada perkataan Arab Hajr yang bermaksud batu, aswad bermaksud hitam – batu hitam. Ia adalah perkataan Arab, yang miliki asal usul tersendiri”

Respon Sri Sri Ravi Shankar

“Saya telah katakan jangan jadikan buku itu sebagai penghakiman terhadap saya, ini bukanlah tempat untuk saya berikan justifikasi. Saya mungkin tidak terlalu bersarjana, maka niat saya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara Muslim dan Hindu”

“Keseluruhan buku itu adalah salah, jangan bacanya, dan jangan risau tentangnya”

“Saya sendiri boleh memberitahu anda kesalahan – kesalahan lain dalam buku tersebut. Jangan biarkan ia masuk ke hati anda, biarkan saja ia di dalam buku tersebut”

“Tinggalkan sahaja buku tu. Jangan bincang lagi tentangnya. Itulah sebabnya saya tidak mencetak kali kedua. Ia dicetak sekali hanya untuk membuat orang bersama, itu saja tujuannya. Ia bukan buku akademik, saya telah nyatakan hal ini”

Respon balas Zakir Naik

“Sri – sri Ravi Sankar bersetuju bahawa buku itu ditulis dalam keadaan tergesa – gesa. Kita perlu menerima apa yang dikatakannya, dan saya tidak menyangka buruk niatnya. Beliau mengatakan beliau tidak mencetak kali kedua dan kami berterima kasih untuk itu”

Sumber transkrip penuh debat tersebut:

https://archive.org/stream/RaviShankarZakirNaikDebateTranscriptComplete/Ravi%20Shankar%20Zakir%20Naik%20Debate%20Transcript%20Complete_djvu.txt

Related Articles

One Comment

Leave a Reply to Siva Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close