isu semasa

“Aku Jumpa Kau, Memang Aku Sembelih Kau, Aku Tembak itu Zakir Naik juga” Video Tular Ancaman Bunuh Pendakwah.

Sebuah video tular mempamerkan ugutan dan ancaman bunuh seorang lelaki terhadap pendakwah yang dituduh ‘menghina agama Hindu’ baru – baru ini.

Dalam video tersebut, lelaki tersebut mengugut memenggal kepala pendakwah tersebut, menembak Zakir Naik, malah turut menyatakan mengetahui alamat keluarganya.

“Aku Jumpa Kau, Memang Aku Sembelih Kau, Aku Tembak itu Zakir Naik juga”

Dia menyatakan kemarahannya terhadap pendakwah yang didakwanya ‘menukar kulit’ menukar agama menjadi Islam berbanding dirinya yang ‘lahir India, dan mati India’.

Video tersebut telah pun diturunkan oleh Facebook, berkemungkinan kerana polisi Facebook yang memantau rapat video – video live yang jelas mengancam keharmonian setelah insiden Christchurch.

Bahagian komen pula jelas menyokong mesej tersebut malah turut menyelitkan penghinaan kepada kaum lain.

Related Articles

One Comment

  1. Orang ini tak sedar diri….. Menumpang tempat orang lepas tu berlagak macam tuan pula…. Kau ingat kau sorang ada parang atau senapang…. Orang lain pun ada lah. Kalau kau tak selesa duduk sini… Baliklah puii dahh

Leave a Reply to Pojan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close