info Islam

Dokumentari Dedah Sejarah Muslim Tiba di Australia Sebelum Orang Eropah

Ramai orang yang percaya bahawa orang Inggeris Eropahlah yang pertama kali menemui benua Australia.

Sejarah Australia sering kali diceritakan bermula pada tahun 1770, iaitu apabila Lieut James Cook tiba di teluk timur Australia, wakil pertama Eropah yang tiba di benua tersebut.

Cooks mendarat di Botany Bay, tahun 1770.

Namun hakikatnya, Muslim menemui benua tersebut lebih awal, iaitu pada akhir abad ke 16, apabila nelayan Muslim daripada Indonesia berlayar ke utara dan barat laut Australia untuk mencari trepang. Perdagangan tersebut kemudian turut mendatangkan legasi keagamaan.

Kajian terkini turut mengesahkan terdapat motif Islam dalam amalan ritual dan mitos orang asli Australia. Orang Asli di pulau Elcho menyebut Walitha’walitha, suatu adaptasi frasa Arab Allah ta’ala.

Sebuah dokumentari yang bertujuan mendedahkan fakta ini akan ditayangkan di Australia, bertajuk ‘Before 1770

Australia's History Before 1770

’Before 1770’ A new documentary about the REAL history of Muslims in Australia.Australian Movie Premiere in Sydney Melbourne & BrisbaneFor Tickets: https://www.before1770.com/tickets

Posted by OnePath Network on Tuesday, 15 January 2019

Dokumentari tersebut bakal mendedahkan kisah – kisah yang tidak pernah dibongkarkan sebelum ini tentang pedagang Muslim Macassan dari Australia.

Filem itu antara lain mahu mencairkan sentimen Islamofobia di Australia, di samping menyemai rasa pemilikian penduduk Muslim terhadap negara tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close