Islamofobia

Permainan PUBG Diboikot Muslim Kerana ‘Menghina Kaabah’

Permainan terkenal kontroversi Player Unknown’s Battleground atau PUBG baru – baru ini mendatangkan kemarahan umat Islam apabila menghasilkan ‘kotak hadiah’ yang mirip Kaabah.

Reka cipta yang dipilih oleh syarikat permainan Korea Selatan itu lebih mendatangkan kejengkelan memandangkan latar belakang permainan tersebut yang ganas, melibatkan senjata bunuh membunuh, malah kotak ‘Kaabah’ tersebut boleh dibidik oleh senjata.

PUBG yang begitu popular ini juga telah diharamkan oleh bandar – bandar di India untuk melindungi anak – anak mereka daripada perilaku ganas, dan puluhan orang ditahan kerana memainkannya.

Sebagai tindak balas, pemain game dari kalangan Muslim melancarkan seruan #boycottPUBG.

Banyak pemain telah memadam permainan tersebut, malah terdapat petition yang mendesak permohonan maaf oleh syarikat pengasasnya.

Selepas ratusan hantaran kemarahan diterima, PUBG Mobile telah mengambil tindakan mengubah reka bentuk kotak hadiah tersebut serta telah memohon maaf secara terbuka.

Tidak dapat dipastikan sama ada reka bentuk yang menyerupai Kaabah tersebut benar – benar disengajakan, namun negara Korea Selatan yang terdiri daripada peratusan besar penduduk Kristian serta merupakan antara hub misionari terbesar dunia miliki sentimen Islamofobia.

Sewaktu Olimpik Musim Sejuk 2018, gerakan anti Muslim Korea pernah melarang pembinaan surau bergerak untuk pelancong Muslim.

Baru – baru ini, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa PUBG untuk diharamkan kerana “membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas”. Namun beliau kemudian dibantah dan dicabar debat oleh pemain game tersebut.

Related Articles

4 Comments

  1. Assalamu’alaikum mOhon maaf admin. Saya bukanlah pemain Pubg tegar tapi sekadar melayan sahabat-sahabat handai yang berpubg ni. Cuma saya nak komen bab Penyebaran berita sebegini haruslah dilihat balik atau dikaji balik sebab saya cuba Juga curi masa untuk membuka game ini kerna Masa saya bukanlah untuk bermain Permainan sebegini sepenuh masa. Apa yang saya lihat dan apa yang telah disebarkan oleh pihak admin langsung tidak sama.

    Mungkin waktu admin lihat adanya perkara sebegini, pihak pereka Pubg tidak peka dan tidak tahu perkara sebegini. Tapi setelah mereka mendapat maklumat daripada pemain pubg sendiri terus diubah dalam kadar yang segera.

    Saya harap Pihak admin mengeluarkan artikel yang dapat membersihkan fitnah ini. Satu tersebar maka Dosa fitnah itu aka bertebaran.

    Mohon maaf senandai ada diantara kata-kata saya membuatlan admin tersentuh atau menyakitkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close