LGBT

Komuniti LGBT Malaysia Diketuai Ateis?

Pertanyaan yang biasa dilontarkan terhadap gerakan LGBT di Malaysia adalah siapa sebenarnya dalang di belakang? Apa orientasi agama, ideologi mereka?

Memandangkan lanskap negara Malaysia yang berlatarbelakangkan masyarakat yang beragama (Islam, Buddha, Kristian, Hindu dll), ditambah dengan rukun negara kita yang menekankan kepercayaan kepada Tuhan, maka adakah penggerak LGBT negara kita juga dari kalangan mereka yang beragama?

Dan memandangkan agama – agama semuanya menolak perbuatan hubungan sejenis, maka adakah penggerak LGBT terdiri daripada mereka yang liberal, iaitu golongan yang melunturkan dan menafsirkan agama menurut hawa nafsu mereka, atau mungkin mereka golongan yang beragama tetapi hanya di atas kad pengenalan?

Pendedahan daripada laman penyokong komuniti LGBT Malaysia bagaimanapun mendedahkan isyarat bahawa berkemungkinan gerakan ini hakikatnya diketuai oleh ateis, iaitu mereka yang langsung tidak percayakan Tuhan.

Komen oleh laman ‘Support Malaysian LGBT+ Community’

Sebuah laman Facebook bernama ‘Support Malaysian LGBT + Community’ jelas mempertikaikan kewujudan Tuhan, dengan mengatakan ‘tiada fakta Tuhan itu wujud’ dan ‘Tuhan yang asik turun bala ni org bodoh je nak sembah’, ditambah dengan tuduhan mengatakan kitab seperti al Quran sebagai sebuah cereka tanpa asas.

Penubuhan laman tersebut dijelaskan bertujuan untuk mengetengahkan cerita aktivis LGBTIQA+ di Malaysia, di samping banyak mengongsikan propaganda – proganda pro LGBT daripada media Barat.

Hal ini menunjukkan admin dan pengendali laman penyokong LGBT+ Malaysia itu sememangnya berorientasikan ateisme.

Maka bukan sahaja mereka melanggar norma moral dan etika masyarakat melalui promosi perbuatan songsang mereka, mereka juga jelas melanggar asas Rukun Negara Pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang membentuk tunggak Malaysia.

Berikut komen Ustaz Sanusi Azmi:

Ada yang bertanyakan kepada saya tentang kenyataan yang disuarakan oleh kumpulan penyokong ellJibeTee ini. Secara zahirnya, ayat mereka ini seakan menolak kewujudan Allah, menyifatkan Quran hanyalah cereka sahaja, bahkan menyatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang menyembah Allah.

Astaghfirullah. Inilah antara contoh pemikiran liberal yang ekstrem. Memberikan manusia kebebasan tanpa sempadan yang jelas akan menghasilkan pemikiran yang tidak mempunyai pedoman.


Atas dasar itu Allah utuskan para Nabi bersama dengan Kitab mereka sebagai panduan. Kita sebagai umat Nabi Muhammad menjadikan Rasulullah sebagai tauladan hidup dan al-Quran sebagai kitab yang membimbing ke jalan yang benar.


Corak pemikiran liberal yang ekstrem sebegini pernah berlaku terhadap umat terdahulu. Mereka mencabar Nabi Isa agar diturunkan hidangan dari langit, mereka meminta Nabi Ibrahim supaya menghidupkan jasad yang telah mati, malah mereka meminta Rasulullah segala permintaan yang aneh, bukan kerana untuk beriman, tetapi untuk memperkukuhkan kekufuran mereka kepada Allah. Lalu Allah berikan pengajaran kepada umat ini.


Semoga Allah membimbing kita, ahli keluarga kita dari pemikiran liberal sesat yang melampau. Bimbinglah ahli keluarga kita untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai panduan dan pedoman hidup.


Moga Allah membimbing kita semua.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close