“Hidup, Hidup. LGBT!” Dilaungkan di Dataran Merdeka Sempena Perarakan Wanita.

Perarakan Women’ March hari ini yang dijenamakan sebagai suatu perhimpunan pemerkasaan wanita turut menyelitkan seruan untuk mengiktiraf LGBT.
Hal ini didedahkan oleh video di media sosial yang memperlihatkan peserta melaungkan slogan “Hidup, hidup. LGBT” berulang – ulang kali di depan Dataran Merdeka.
Gambar yang ditonjolkan oleh portal berita juga memperlihatkan peninggian simbol pelangi, iaitu lambang LGBT.

“Perarakan hari ini menjuarakan isu termasuk mempertahankan hak komuniti LGBT dan hak pekerja seks” lapor Malaymail.

Kesal dengan perjuangan LGBT dalam perarakan tersebut, presiden WAFIQ Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar meminta agar pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas perhimpunan sebegini yang jelas mempromosikan gaya hidup songsang.
meminta agar pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas perhimpunan sebegini yang jelas mempromosikan gaya hidup songsang.
“Saya berasa sangat kesal dengan perjuangan wanita yang dicemari dengan laungan seperti laungan hidup LG….T
Women’s March bukanlah budaya kita dan diimport darinegara Barat, apatah lagi ia mencampur adukkan laungan dan seruan yang bertentangan dengan agama.
Sebagai sebuah negara Islam, yang mempunyai undang- undang sivil dan syariah, perhimpunan begini juga adalah satu bentuk promosi budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Saya tegas berpendapat perlu ada undang- undang menghalang bentuk promosi gaya hidup songsang secara perhimpunan atau pengiklanan.Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Saya menggesa YB Dr Mujahid Yusof Rawa agar mengambil tindakan ke atas perhimpuan sebegini dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi, Dr Wan Azizah Wan Ismailmemantau NGO-NGO wanita agar aktiviti mereka tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Islam sebagai Agama Persekutuan. “
Perhimpunan tersebut turut disertai oleh kumpulan seperti
Women’s Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).