Kristian

Kristian Diunjur Kehilangan 66 juta Penganut Menjelang 2050, Muslim bertambah 3 juta – PEW Research

Kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre berkenaan perubahan lanskap agama global mendgunjurkan bahawa penganut agama Islam bakal bertambah (net increase) sebanyak 3 juta orang menjelang 2050, manakala penganut Kristian pula mengalami perkurangan neto sebanyak 66 juta orang.

Projeksi Perubahan Kumulatif Akibat Pertukaran Agama, 2010 – 2050. Sumber – The Future of World Religions, Population Growth Projections, 2010 – 2050

Unjuran tersebut adalah berdasarkan pertukaran agama dan bukan kelahiran. Ini bermakna, Kristian merupakan agama yang kehilangan paling banyak penganut akibat pertukaran agama. Walaupun jumlah yang menukar agama kepada Kristian diunjurkan sebanyak 40 juta orang, 106 juta lagi dianggarkan bakal keluar daripada agama tersebut.

Islam pula adalah agama yang paling banyak mengalami pertambahan dari masuknya saudara – saudara baru sebanyak 12.6 juta orang, berbanding anggaran mereka yang murtad sebanyak hampir 9 juta orang.

Menurut kajian oleh badan yang sama pada tahun 2017, dianggarkan Kristian bakal mengalami pengurangan sebanyak 8 juta penganut menjelang 2020, sedangkan Islam pula bertambah sebanyak 420 ribu orang.

Pertukaran Agama, 2015 – 2020. Sumber – Pew Research Center – “The Changing Global Religious Landscape”

Jumlah Muslim Bakal Menyaingi Kristian.

Muslim diunjurkan sebagai agama yang paling cepat berkembang untuk dekad – dekad mendatang.

Bilangan anak yang lahir dalam keluarga Muslim akan mula melebihi kadar kelahiran anak Kristian pada tahun 2035.

Pada tahun 2015, Kristian merupakan kumpulan agama yang paling besar di dunia, iaitu merangkumi 31% daripada populasi dunia sebanyak 7.3 orang. Muslim di tempat kedua dengan 1.8 bilion orang, atau 24% populasi global, diikuti oleh mereka yang tidak beragama (16%), Hindu (15%) dan Buddha (7%).

Menurut Pew, pada tahun 2060, bilangan Muslim dianggar sebanyak 3 billion (31% populasi dunia) menghampiri bilangan Kristian (3.1 bilion – 32 %).

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close