Video Anak Syria Diseksa ‘Waterboarding’ Dedah Bahaya Kumpulan Ekstrimis Kristian Islamofobik

Seorang video kanak – kanak imigran Syria di Britain yang dibuli dengan teknik seksaan ‘waterboarding’ menggemparkan negara tersebut dan mendedahkan kehodohan ideologi islamofobia oleh gerakan ekstrimis Kristian berhaluan kanan, English Defence League.
This refugee fled the Syrian civil war only to suffer violent bullying at his new school in England
Posted by Vocativ on Thursday, 29 November 2018
Video tersebut menunjukkan seorang pelajar Inggeris bertubuh besar menuju ke arah Jamal, pelajar pelarian Syria. Pembuli tersebut kemudian menjatuhkan Jamal yang patah tangannya, dan menuang air pada mukanya, sama seperti teknik seksaan waterboarding yang diharamkan.
Video tersebut kemudian dimuat naik dan tular sehingga mendatangkan kecaman pelbagai pihak.
Ternyata, serangan pembuli remaja Inggeris berusia 16 tahun tersebut berlatarbelakangkan Islamofobia dan rasisme yang disemai sekalian lama oleh gerakan EDL yang diasaskan Tommy Robinson, dan Britain First.
Beberapa postingnya di media sosial mendapati dia mengongsikan bahan – bahan anti Islam:


Seorang pengguna Twitter di Britain menyamakan pembuli tersebut dengan ‘belia Hitler’.
Had a look at that kid who bullied the Syrian refugee on his Facebook page. Hugely influenced by Tommy Robinson and far right extremism. Makes me think of the Hitler youth. Mainstream media constantly give a platform to these hatemongers, they should take their share of the blame
— AngelCakeLIVERPOOL (@angelcakepics) November 28, 2018
Campur Tangan Tommy Robinson
Tommy Robinson kemudian masuk campur dalam isu ini, dengan mempertahankan tindakan pembuli tersebut, serta membuat satu kenyataan berat:
Dalam video bertajuk “Pelarian Syria Dibuli Didedahkan” itu, TR membuat klaim bahawa “Jamal yang kalian kasihankan dan kumpul ratusan ribu pound itu ternyata menyerang dan menggigit perempuan putih di sekolah!”
Ini adalah percubaan jijik Tommy Robinson untuk memburukkan Jamal serta menyelamatkan dirinya daripada serangan media terhadap dirinya yang menjadi punca perlakuan pembuli tersebut.
Hal ini kemudian membangkitkan tindakan peguam bagi Jamal untuk mengambil tindakan undang – undang terhadap fitnah Tommy.
Tommy Robinson Mengaku Sebar Berita Palsu
Setelah dipersoal oleh banyak pihak mengenai kebenaran klaim terhadap Jamal tersebut, Tommy Robinson kemudian menarik balik tuduhan terhadap pelajar Syria tersebut.
Tommy mengatakan bahawa dia ‘ditipu’ oleh akaun instagram palsu daripada seseorang yang mengaku sebagai ibu pelajar wanita di sekolah tersebut.
Dia mengatakan “Saya habis ditipu, memalukan betul”.
Kini, pembuli tersebut dikatakan telah lari dari Britain. Jamal pula meminta orang ramai agar tidak menyerang pembuli tersebut.

“Saya amat bimbang terhadap komen – komen ganas terhadap pembuli tersebut. Saya tak mahu apa – apa yang buruk berlaku kepadanya. Saya tak mahu apa – apa yang buruk berlaku kepada sesiapa pun”