Islamofobia

“Troll Nasionalis India Paling Unik, Mereka Obses dengan R*g*l”, Ujar Wartawan Antarabangsa

Bagi pengguna media sosial anda mungkin kenali golongan yang dipanggil sebagai troll. Mereka (yang terdiri daripada akaun palsu dan akaun sebenar) biasanya menyerang sasaran mereka dengan hujah balas, cabaran dan bulian sama ada i bahagian komen atau inbox.

Akan tetapi seorang wartawan antarabangsa, CJ Werleman mengongsikan pengalaman unik beliau berhadapan dengan tentera troll daripada kalangan nasionalis India.

Dalam karier kewartawanan saya selama lebih sedekad, saya telah diserang oleh pelbagai jenis troll. Bagaimanapun troll atas talian adalah yang paling ‘istimewa’ adalah nasionalis Hindu penyokong Modi dan BJP / RSS.

Kebanyakan troll atas talian biasanya mencabar argumen anda, menyebarkan maklumat salah tentang anda, anda mengejek nama anda. Troll nasionalis Hindu bagaimanapun secara sepakat begitu obses mahu merogol isteri, anak perempuan dan emak saya.

Beliau juga mengatakan ini bukan membesar – besarkan cerita, sebaliknya sekiranya beliau memperoleh $1 untuk setiap ancaman rogol selama 72 jam, beliau akan memperoleh sekitar  $100. Menurut CJ Werlemen, ancaman yang sama dikemukan berulang – ulang oleh troll nasionalis Hindu ini menggambarkan suatu wabak penyakit yang menular.

Pejuang hak asasi manusia yang mengendalikan kawasan Kashmir selama 10 tahun, Carin Fischer, juga menyatakan bahawa mereka (golongan pro kemerdekaan Kashmir) menerima ancaman jijik daripada India yang sentiasa melibatkan rogol dan penggal kepala.

Menurut Werlemen, penjelasan di sebalik obsesnya nasionalis Hindu dengan rogol adalah kerana nisbah lelaki yang melebihi wanita.

“Seolahnya masyarakat India melihat kolonisasi Kashmir sebagai suatu fantasi rogol dan selamatkan, di samping melihat diri mereka berada dalam satu misi suci untuk menyelamatkan wanita Muslimah daripada lelaki Muslim.

Malah, menurut bancian terkini yang dijalankan oleh Thomson Reuters Foundation, India didapati merupakan negara yang paling berbahaya untuk wanita, melangkaui malah negara bergolak seperti Afghanistan dan Syria.

“Maka adakah begitu menghairakan mengapa jutaan Muslim di Kashmir begitu panik dengan prospek dijajah oleh nasionalis Hindu?

Askar India sudahpun mempamerkan bagaimana mereka sanggup mengguna pakai taktik rogol, liwat dan penyeksaan untuk mengawal populasi Kashmir”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close